Pages - Menu

Thursday 25 May 2017

Betul ke anak kita boleh duduk diam 24jam??

Assalamualaikum..
Apa khabar semua??
Hari ni nak cerita tentang parent dan anak..
Jom bersama ticer..
Ada x parents yang suka anak dia pasif??
Takde parent pon suka tengok anak2nya lemah..tak semangat..pasif..semua tak nak..semua geleng kepala..ticer sendiri tak suka..bila tengok anak2 murid jadi macam tu..

Tapi ramai ibu bapa suka anak2 duduk diam tak buat bising..setuju??

Jangan Paksa Anak Duduk Diam 24 Jam. Ibu Ayah Kena Faham Proses Perkembangan Anak Ikut Fasa..tak tahu banyak..tahu sikit2 pon jadi la..

Trend ibu bapa sekarang sentiasa mahu anak mereka jadi cepat pandai dan boleh duduk diam setempat tak payah 'explore' sekeliling sebab nanti letih nak kejar mereka.lari ke sana ke sini..

Anak-anak kecil yang memang boleh duduk diam masa makan di restoran tapi sebab apa??sebab masing-masing umpan anak2 dengan hp dan anak2 khusyuk tengok cerita kartun.Tahniah..ibu bapa berjaya membuat anak2 duduk diam..

Selesa nampak ibu dan ayah boleh makan dengan tenang tanpa 'gangguan' dari si kecil. "Eh, semua orang buatlah."(kebanyakannya)

Lagi satu, ibu bapa sekarang juga 'gila' nak suruh anak mereka cepat pandai. Masing-masing berlumba nak anak pandai membaca kalau bole pada usia bayi lagi. Sudahnya anak yang jadi mangsa paksaan hingga mengganggu fasa perkembangan mereka secara berperingkat tu.
Sumber:google

"Cikgu,anak saya(antara 1-3 tahun) susah nak fokus bila buat aktiviti...macam mana nak buat ye?"

Ni soalan paling susah saya nak jawab. Kadang2 saya macam tertanya sendiri..kenapa awal sangat nak anak2 fokus??

Buka minda luas2,tarik nafas dalam2 lepas setenang2nya..cuba fikirkan..

Jom kita sama2 belajar sikit tentang proses tumbesaran anak

PROSES.....setiap benda ada PROSES utk dapatkan sesuatu hasil. Anak2,bukan terus keluar lihat dunia,terus dapat jadi macam kita yang macam orang dewasa ni.

Adakah anak2....asal keluar je dari perut kita terus boleh bercakap, membaca, menulis, pakai baju, basuh pinggan mcm kita?? Ada ke? Secara fitrahnya,takde kan?kalau ada pun 1 dalam 1000..susah la nak dengar berita anak2 lahir da boleh berlari..

Benda fokus tak fokus yg asyik dok bermain dalam fikiran kita ni hanyalah satu persepsi dan mainan perasaan semata-mata. Sebab apa? Sebab kalau boleh,kita nak anak ni duduk diam2 sebab kita pun nak buat kerja kita,nak berehat,nak ada ''me time''..

Kanak2 ni mak ayah semua....fitrahnya mereka untuk meneroka. Mana ada budak yang boleh duduk diam. Kalau ada budak keluar2 dok diam,kena cepatlah bawak pergi check sebab ianya sudah 'melawan' fitrah manusia.
Sumber:google

Kanak2 kena melalui fasa perkembangan yg wajib ada pada diri kita sebagai manusia biasa

Sebab tu saya kurang bersetuju kaedah membaca untuk kanak2 di bawah usia 2 tahun dijalankan..membaca tau bukan kenal huruf..kenal bentuk..kenal warna..membaca..memang anak2 kecil lebih cepat tangkap..cepat dapat walhal seusia mereka kena meneroka apa yang ada di sekitarnya di sekeliling dia..

Kdg2 saya geram juga....apa yang saya cakap,seringkali tidak dipandang endah sedangkan setiap tahun saya akan menerima anak2 sekolah tadika yang mempunyai masalah perkembangan, kebanyakannya berpunca daripada proses perkembangan tidak berjalan dengan baik dan ianya semakin meningkat dari sehari ke sehari. Setiap tahun ada seorang dua kanak-kanak yang tidak boleh mendengar arahan,berkomunikasi dengan baik,dan mempunyai tingkah laku sukar untuk dikawal.
Sumber:google


Dah kalau dari kecil diajar duduk untuk membaca, tengok TV, tengok gadget time makan,time tidur...time kita nak berehat...memanglah jadi begitu. Tapi bila bagi main benda kotor,kita kata geli...sebab xpernah ajak pergi pantai main pasir..bila anak nak memanjat,kita risau jatuh. Sebab tak pernah bawa anak2 bersosial di playround awam di tempat2 awam yang lain. Mudah je jawapannya.. RISAU..sebab apa??nanti anak2 bermain xde sape nak tengok..ibu ayah kan ada..tak bolehhhh..sebab apa??sebab ibu ayah sibuk dengan hp di tangan 24jam..memang kejam rasanya ayat ni tapi tu la hakikatnya..ibu ayah tak memberi hak anak2..

Nilah dia sikap parents yang sebenarnya memusnahkan proses perkembangan anak itu sendiri. Semua nak cepat...nak anak cepat belajar,nak anak cepat pandai,nak anak cepat duduk diam,nak anak cepat jalan,cepat itu,cepat ini....semua la..lepas tu takpe cikgu kan ada..bila tak dapat apa yang dia nak..cikgu ni tak ajar ke??ibu ayah semua,cikgu kat sekolah bukannya tengok anak ibu ayah sorang je..ramai lagi anak2 lain..kenapa ibu ayah tak membantu juga??maaflah kami sibuk..sibuk kerja..sibuk berbisness..sampai lupa apa tanggungjawab ibu ayah??semua atas bahu cikgu..saya takde pengalaman..saya takde ilmu..saya takut ajar bende salah..saya itu..saya ini..cikgu tolong tengok2 anak saya..memang tugas guru..tapi mana tangungjawab ibu bapa sebenarnya??duit bukan segalanya

Tetapi PROSESnya tak nak lalu sendiri...

"Susah kalau nak ikutkan kehendak anak nak lari sana sini,boleh semput saya dibuatnya": No komen. Ni jawapan paling selalu sangat kita dengar..

Proses perkembangan yang utama yang WAJIB anak lalui dan anda berikan kpd anak2,paling penting untuk usianya 0-4 tahun adalah:

1.Anak2 kena diberi pendedahan terhadap setiap tekstur yang ada di sekeliling mereka bukan sahaja kpd kulit badan malah terhadap mulut juga. Tekstur ni faham tak apa? Tekstur lembut,berpasir,keras,kasar,berbulu,suhu panas dan sejuk,licin...tekstur makanan termasuklah yang crunchy,yang chewy,yang lembut,keras,juicy,ada rasa masam,manis,masin,pahit,tawar,pedas dan proses2 ni saya sendiri buat di sekolah kerana apa??sebab ada anak2 belum laluinya masa kecil dulu..

Ni semua rangsangan tau.Kalau tak bagi,sistem otak takleh berfungsi. Faham ke tak faham? Sebab tu jangan obses sangat dengan flashcards. Flashcards takde semua bentuk rangsangan ni. Bagi benda real depan mata. Buah epal dalam gambar mana sama dengan buah epal yang sebenar. Kalau ajar anak 0-4 tahun huruf A,kalau dia tak kenal lagi,rileks sudah. A secara real tak melambangkan apa2. Sebab tu kdg2 berpuluh kali ajar,anak tak reti terus dah stress sebab anak tak pandai lagi. Padahal diri sendiri yg buat benda 'melawan fitrah' anak.Lepas tu cakap anak tak fokus. Apakah?????

Bila kita bagi rangsangan terhadap kulit dan mulut yang betul,secara automatiknya otot2 anak bergerak. Ini respon yang otak berikan setelah semua pemprosesan tadi berlaku dalam otak. Contohnya bila otot mulut bergerak,baru mudah anak nak bertutur dengan baik. Tapi benda ni takkan dapat dalam sehari dua,maka BERSABARLAH. Yang penting,kita beri secara konsisten.

2.Kanak-kanak suka nak bergerak.

Ada masalah ke nak bagi anak bergerak??? Lagi lama mereka bergerak,lagi baguslah sebenarnya.....

Pergerakan anak ni sebenarnya banyak merangsang proses yang kita sendiri tak nampak dengan mata kasar.Bila anak bergerak,sistem keseimbangan badan dirangsang,sistem penghantaran maklumat antara otak kiri dan kanan berlaku dengan pantas, sistem penglihatan membantu proses percakapan berlaku dengan baik,sistem daya tumpuan dalam otak menjadi kukuh,sistem otot dan sendi menjadi kuat dan ada ketahanan

jadi bila lagi lama kita latih anak untuk bergerak,ketahanan otot dan sendi akan menjadi semakin kuat,anak akan mudah untuk duduk diam. Lagi sekali, proses ini bukan anak akan dapat dalam sehari dua. Ada anak,pada usia 5 tahun,apabila sudah dirangsang elok sistem pergerakan badannya,dia akan mudah duduk diam dan fokus pada tugasnya. Ada anak,kadang2 proses dia nak bergerak tu lama......sampai usia 7 tahun pun belum tentu boleh duduk diam dan fokus,ada masanya sampai usia akil baligh baru nak duduk diam.

Tapi sampai bilalah nak berkejaran dengan anak2 ni kan? Tak payah risau....aktiviti fizikal ni bagi je anak ke taman permainan sama ada indoor atau outdoor. Antara rajin dan tidak je kita nak buat semua ni sebenarnya...Bagi anak yang lasak,boleh challenge dirinya dengan membuat aktiviti hiking, masuk hutan, rock climbing dan sebagainya. Tapi janganlah sampai suruh mereka memanjat signboard "IPOH" yang besar tu pulak.(sorry saja melawak)

Anak yang tak belajar lagi utk bermain bola,ajarkan. Dengan sebiji bola, kita boleh membaling, menangkap, menendang,menampar dan sebagainya.

Pilih satu sukan utk anak libatkan diri dan tiada salah utk ajarkan skills nya sebab ianya merangsang segala benda yg saya cakap kat atas tadi.Badan sihat,otak cerdas. Kalau asyik duduk dalam rumah je,bila masa badan nak sihat dan otak nak cerdas? Kalau kita boleh main golf,ajarlah anak main golf. Kalau tak boleh sangat,dah kalau anak nak berlari juga....pergilah ke taman tasik,buat aktiviti berjogging dan berlari sama-sama. Kalau kita pun malas,jadi anak pun malas....janganlah disalahkan anak.

Bergerak tidak menjadikan anak nakal. Anak yang lasak seringkali disalah tafsirkan sebagai anak yang nakal. Menumbuk adalah satu bentuk bermain dan ada sesetengah negara bagi ruang utk anak buat 'fighting play' atau 'pillow play'. Ini benda normal. Anak yg nakal adalah mereka yang melakukan perkara2 yang dilarang dalam agama dan masyarakat. Selagi mana anak2 ini tidak melakukan perkara yang dilarang,selagi itulah pergerakan yg mereka lakukan tidak salah

Anak yang bergerak tanpa arah tuju,berikan "arah tujuannya". Angkat dan letakkannya di atas papan gelongsor,buaian dan jongkang jongket. Kalau anak takut,jangan risau.Beri masa.Inilah prosesnya.Janganlah mengalah.

Ni dah kira panjang lebar sangat dah saya bagi penjelasan utk ajar anak supaya jadi fokus. Tak ada proses yang mudah utk buat anak fokus. Jangan pernah melawan fitrah perkembangan anak.Risau nanti lain pula jadinya. Mungkin dari segi perkembangan yg kita lihat pada mata kasar ni jadi sempurna eloknya di awal usia,tetapi di pertengahan usia mereka lain pula jadinya. Ada banyak kes anak yg sudah dibiasakan menjadi pandai sejak kecil, menjadi "down" terus ketika sudah besar, Tiada motivasi utk belajar. Kerana sentiasa diharapkan utk menjadi pandai sehingga tekanan dtg dalam banyak bentuk cobtoh cikgu force kan utk dijadikan kebanggaan sekolah la,tak dapat terima bila dapat markah rendah dan sebagainya.

Nabi pun mula membaca di usia Baginda mendapat wahyu. Anak kita? Belum boleh jalan lagi sudah disibukkan utk membaca walhal Nabi,ketika proses membesar,banyak membesar dengan memikul tanggungjawab diri dan hidupan di sekeliling Baginda.

Semoga bermanfaat untuk semua ibu bapa..berjaya membesarkan anak2 dengan mengikut perkembangan..

Saya ticer wawa
Ticer tadika
0122416438

#shakleemelaka

No comments:

Post a Comment

♥ Copyright © Siti Salwa Harun | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif