Pages - Menu

Saturday 10 October 2020

PENGALAMAN MINUM AIR GULA

 PENGALAMAN MINUM AIR GULA 



Kalau dulu orang kata kalau ada sejarah family ada kencing manis baru kena minum air gula

Sekarang ni tak lagi, semua ibu-ibu mengandung kena minum even family takde yang kencing manis


Awal2 lagi da dapat tarikh minum air gula..kata nurse dia nak suruh kita ready.

Dalam hati..air gula je pon, bkn tak pernah makan atau minum yang manis2.

Bohong la secawan tu x boleh habiskan.


Maka sebelum tarikhnya cuba menggoggle mencari tips untuk minum. Antaranya..


1.jangan terlalu menikmati

Maksudnya jangan decap2 lidah tu


2.jangan terlalu lama gap

Maksudnya teguk berhenti tu jangan lama sangat


3.tarik nafas

Maksudnya tarik nafas baca bismillah terus minum


4. Jangan toleh kiri kanan

Maksudnya tak payah nak santai2 minum..tu bukan air hot choc🤭


Dan banyak lagi..


Bila tiba hari dan waktunya minta suami cuti bawakan sebab waktu tu mabuk masih teruk lagi

Maka berpuasalah malam tu jam 10..pukul 9.30 malam sempat minum 1 cawan ESP


Esoknya..sampai di klinik semua da beratur di luar perkarangan klinik. Time tu pkp masih berjalan..maka xbole ramai2 dalam klinik.

Ticer da mula macam nak pitam sebab lama sangat kat luar dengan xde rasa angin, dengan perut lapar. 

Biasanya kalau xkena puasa pukul 10.. ticer akan bangun makan macam orang bersahur. Pukul 3 4 pagi bangun makan tapi tidak pagi tu.


Nurse yang beri nombor kata sila ambil tempat dulu nanti no dipanggil baru masuk, 

dalam hati cakap..cepat la..xtahan da ni..


Bila tiba turn terus masuk ke tempat ambil darah

Darah pertama diambil..tiba-tibaa..

maaf ye dik..urat awak ni x berapa ada..sambil gelak kecil..

faham x apa tu??jarum masuk tapi darah x  keluar..😔 Tak kelakar la.. Sakitnya..tu je mampu cakap.


Kita cuba sekali lagi ye..saya panggil nurse lain..kepala dianggukkan tanda setuju..sebab xmampu nak kata lain..

kepala da mula rasa panas.berpeluh.rasa nak rebah tanga mula sejuk dan akhirnya alhamdulillah dapat..


Adik ni awak kena habiskan,pastikan x muntah

Maka minumlah siti salwa macam diajar oleh goggle tempoh hari


Sedang usaha menghabiskan tiba2 ada seorang pakcik yang sama2 minum air gula bertanya

 "nak..air gula dia memang rasa gini ke?gula apa ni?

Nurse jawab..

"pakcik habisan dulu nanti saya bagitahu"

Hanya senyuman je dapat dibalas


Habis je secawan,nurse beritahu yang lepas 2 jam kena datang semula.. jam 10.05 kena datang ambil darah ke 2

Beserta pesanan..

Dik..sila pastikan awak x makan..x minum dan TAK MUNTAH..


Masa tu da berombak2 dada sebab rasa nak terkeluar da..

Ye..ticer memang setiap pagi akan muntah..morning sikness memang teruk awal2 pregnant.


Sampai kat kereta terus sandar kepala..suami terus bawa balik uma..set alarm siap2..cuba bertenang dan tidur

Wawa kalau batuk bersin mesti lepas tu akan muntah


Dapat la selelap..tiba2 macam tersedak..dan bersin..berlarilah ke tandas dan.......MUNTAH 

Keluarlah secawan Iair gula yang diminum tadi


Terus g klinik beritahu nurse..dan kena datang sekali lagi esok..

Ya Allah..ujiannya..


Esoknya lepas minum air gula tidur di dalam kereta..xbalik rumah..2 jam di dalam kereta..

Jam 10 je terus berjalan ke tempat ambil darah untuk kali ke 2.

Alhmdulillah Allah permudahkan..


Itulah pengalaman ticer minum air gula yang pertama awal pregnant..

Nanti next post ticer cerita second minum air gula yang lagi dasyat..


#pengalaman

#airgula

#gdm

♥ Copyright © Siti Salwa Harun | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif