Pages - Menu

Saturday 10 October 2020

PENGALAMAN MINUM AIR GULA

 PENGALAMAN MINUM AIR GULA 



Kalau dulu orang kata kalau ada sejarah family ada kencing manis baru kena minum air gula

Sekarang ni tak lagi, semua ibu-ibu mengandung kena minum even family takde yang kencing manis


Awal2 lagi da dapat tarikh minum air gula..kata nurse dia nak suruh kita ready.

Dalam hati..air gula je pon, bkn tak pernah makan atau minum yang manis2.

Bohong la secawan tu x boleh habiskan.


Maka sebelum tarikhnya cuba menggoggle mencari tips untuk minum. Antaranya..


1.jangan terlalu menikmati

Maksudnya jangan decap2 lidah tu


2.jangan terlalu lama gap

Maksudnya teguk berhenti tu jangan lama sangat


3.tarik nafas

Maksudnya tarik nafas baca bismillah terus minum


4. Jangan toleh kiri kanan

Maksudnya tak payah nak santai2 minum..tu bukan air hot choc🤭


Dan banyak lagi..


Bila tiba hari dan waktunya minta suami cuti bawakan sebab waktu tu mabuk masih teruk lagi

Maka berpuasalah malam tu jam 10..pukul 9.30 malam sempat minum 1 cawan ESP


Esoknya..sampai di klinik semua da beratur di luar perkarangan klinik. Time tu pkp masih berjalan..maka xbole ramai2 dalam klinik.

Ticer da mula macam nak pitam sebab lama sangat kat luar dengan xde rasa angin, dengan perut lapar. 

Biasanya kalau xkena puasa pukul 10.. ticer akan bangun makan macam orang bersahur. Pukul 3 4 pagi bangun makan tapi tidak pagi tu.


Nurse yang beri nombor kata sila ambil tempat dulu nanti no dipanggil baru masuk, 

dalam hati cakap..cepat la..xtahan da ni..


Bila tiba turn terus masuk ke tempat ambil darah

Darah pertama diambil..tiba-tibaa..

maaf ye dik..urat awak ni x berapa ada..sambil gelak kecil..

faham x apa tu??jarum masuk tapi darah x  keluar..😔 Tak kelakar la.. Sakitnya..tu je mampu cakap.


Kita cuba sekali lagi ye..saya panggil nurse lain..kepala dianggukkan tanda setuju..sebab xmampu nak kata lain..

kepala da mula rasa panas.berpeluh.rasa nak rebah tanga mula sejuk dan akhirnya alhamdulillah dapat..


Adik ni awak kena habiskan,pastikan x muntah

Maka minumlah siti salwa macam diajar oleh goggle tempoh hari


Sedang usaha menghabiskan tiba2 ada seorang pakcik yang sama2 minum air gula bertanya

 "nak..air gula dia memang rasa gini ke?gula apa ni?

Nurse jawab..

"pakcik habisan dulu nanti saya bagitahu"

Hanya senyuman je dapat dibalas


Habis je secawan,nurse beritahu yang lepas 2 jam kena datang semula.. jam 10.05 kena datang ambil darah ke 2

Beserta pesanan..

Dik..sila pastikan awak x makan..x minum dan TAK MUNTAH..


Masa tu da berombak2 dada sebab rasa nak terkeluar da..

Ye..ticer memang setiap pagi akan muntah..morning sikness memang teruk awal2 pregnant.


Sampai kat kereta terus sandar kepala..suami terus bawa balik uma..set alarm siap2..cuba bertenang dan tidur

Wawa kalau batuk bersin mesti lepas tu akan muntah


Dapat la selelap..tiba2 macam tersedak..dan bersin..berlarilah ke tandas dan.......MUNTAH 

Keluarlah secawan Iair gula yang diminum tadi


Terus g klinik beritahu nurse..dan kena datang sekali lagi esok..

Ya Allah..ujiannya..


Esoknya lepas minum air gula tidur di dalam kereta..xbalik rumah..2 jam di dalam kereta..

Jam 10 je terus berjalan ke tempat ambil darah untuk kali ke 2.

Alhmdulillah Allah permudahkan..


Itulah pengalaman ticer minum air gula yang pertama awal pregnant..

Nanti next post ticer cerita second minum air gula yang lagi dasyat..


#pengalaman

#airgula

#gdm

Sunday 11 November 2018

Pengasas SHAKLEE -Dr.Forrest

Semasa baby Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru.


Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yang merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.

Bayangkan sehingga ayah dia dah give up & seolah2 tunggu je anaknya meninggal.

Tapi Mak dia, yelah kasih Mak kan... Tak nak give up. Mak dia tukar pemakanan mereka kepada herba2 yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.

Akhirnya bapanya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di iowa. Kat situ mereka lebih close to nature. Udara segar dan makanan yg fresh.

Mak dia terus usaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak bergerak2 tapi dia sangat positif. Hinggalah baby Forrest umur 4 tahun dan dia boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!

Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun je, Forrest menjalani zaman kanak2 dan remaja yang happy.  Beliau mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan terbabit.

Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.

Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yg beliau ada, Forrest berazam utk tolong orang yg sakit dan tak mampu datang jumpa dia. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.

Disebabkan kerjanya berkaitan dgn tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yg tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.

Sekali lagi Forrest tak nak give up. Antara motivasinya sbb dia nak terus berbakti. Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dgn regime pemakanan berasaskan herba & buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak.

Masa ni beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks terhasillah Herb-Lax.

Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.

Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.

Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah2 macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. Sikap positif,taknak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.

Itulah motivasi pengedar2 Shaklee, nak berbakti & berkongsi yg terbaik dan dibuktikan oleh sains.

Bukan ikut cakap2 orang. Atau sebab nak bonus banyak dan jadi kaya. Semua tu akan datang juga bila kita buat dgn ikhlas dan Allah redha.

Alang2 hidup di dunia, biarlah meninggalkannya dgn pahala yang tak putus-putus.

#shakleestory

Thursday 8 November 2018

PROJEK BUAT DUIT SPA TWB

KORANG TAHU TAK??

Penyertaan online class Projek Buat Duit Spa TWB kini dibuka!

Hanya RM99. Kelas akan bermula 16 November 2018 sehingga 29 November 2018 (selama 14 hari)

Dengan yuran RM 99:

✈ Access ke ONLINE class coaching dari otai2 Spa TWB

✈ Peserta diajar teknik nak buat bisnes satu persatu

✈ berpeluang menjalani training Spa yg berharga ~RM2,999~ dgn hanya *RM600* atau secara *PERCUMA* - ada terms & condition (dlm kelas akan diterangkan)



RM 99 termasuk:

✅ Membership Shaklee & pra TWB

✅ Teknik Online Marketing secara PERCUMA

Apa yang bakal anda rasai selepas menyertai kelas online Projek Buat Duit Spa TWB ini?

- anda mampu berIMPIAN lagi
- merasai aura positif sehingga ia mampu mengubah masa depan anda
- berkeyakinan tinggi untuk mencapai kejayaan yang diidamkan

Come & Join us

www.wasap.my/0122416438/pakej99

Thursday 1 November 2018

TWB semakin tinggi permintaan



Bukan 1 bukan 2 bukan 3 tapi........

Nama aku wawa..tapi ramai panggil aku ticer wawa..
Aku salah sorang ahli dalam team the walking beauty melaka senang sebut twb melaka.


Aku nak bagitahu yang dalam twb harga kursus yang disediakan berbeza. Sebab apa??
Sebab setiap kali naik harga setiap kali tu ada penambahan courses dalam kelas tu.
Bestkan...

Meh nak cerita sikit....
1 November 2018, bermulanya pakej KURSUS MOBILE SPA TWB pada harga RM2,999 with upgraded course!
Kalau bulan lepas harga dia RM1,999
Dan November ni berubah menjadi
Harga Pakej TWB: *RM2,999*


Kenapa berubah???
Kenapa tambah mahal??

Sabarrrr..
Meh sambung cerita lagi..

Apa yg u akan dapat??
Bukan 1 bukan 2 dan bukan 3...

U dapat.....

👉Youth Skincare complete sets
👉Scrub
👉Masker
👉Postnatal products

Dan produk2 Shaklee lain yg sgt superb , yang bakal digunakan dalam 12 kursus Spa TWB

- - - - - - - - - -
👉Trolley Beg SPA
👉Ion massage
👉Trial kit Spa ok
👉Sijil
- - - - - - - - - -
*Belajar 7+5+1 courses*

🌹 7 Courses:

*Urutan tradisional (sengkak, ibu hamil, ibu normal & ceasar )*

*Cara buat param dan pilis dgn produk Shaklee*

*Jadual Pemakanan Set Berpantang Shaklee*

*Pemakaian Bengkung*

*Tangas kering dan basah*


*Bertungku*

*Penjagaan bayi ( tuam, mandi, bercukur)*

🌹 5 courses:

*-Relaxing facial*
*-Body Scrub*
*-Aura Bath*
*-Hands & Foot Spa*
*-Sauna*

*+1 how to set up home & mobile spa*

*🌹BONUS🌹*

✔ module lengkap
✔ support group
✔ beauty products lengkap
✔ basic tools
✔ lifetime coaching
✔income 6 penjuru

*-habis training dah terus boleh run spa-*

Banyakkan..kat luar sana ada juga kelas2 yang lain
Tapi tak nak la cerita..
Baik cerita pasal twb..

Fikirlah dulu..
Tak cukup duit??
Boleh hubungi kami..
Kami bantu selesaikan

0122416438
Hubungi segera

#twb
#spabergerakmelaka
#thewalkingbeauty

Monday 1 October 2018

Posnatal shaklee

Tajuk talk nutrisi semalam best sangat walaupun ticer belum ada anak lagi tapi sangat beruntung dapat ilmu berharga tu sebab nanti boleh la ticer bantu kawan2 ticer yang kat luar sana sementara menanti saat berita gembira tiba..


“We don’t sell milk but..
We help moms produce the BEST milk for your baby..”
Tajuk talk semalam..

Walaupun belum ada baby tapi ticer ada 16 orang anak buah..ramai kan..
Penting sangat ada ilmu tentang nutrisi sebelum mengandung, semasa mengandung, selepas mengandung ni tau..

 kenapa Shaklee buat set Posnatal ek??
Korang rasa??sebab apa?? (Jawab dalam hati pon xpe)

Ada juga kadang2 da full brestfeed pon ada jaundice, eczema, senang demam..

Korang tau x sebab apa??
Susu ibu yang kurang nutrisi menyebabkan susu si ibu kurang kualiti dan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan baby terganggu..kesiankan baby..😭😭

Ibu yang kurang nutrisi juga membuatkan lepas bersalin pulak sakit pinggang, cepat penat, stress, luka lambat sembuh, rambut gugur etc.. 😣

Patutlah Shaklee buat set Posnatal ni kan...
Tak payah fikir2 nak makan ape  semasa mengandung dan selepas bersalin..
Lengkap da nutrisi 1set tu.

Love u shaklee..

Monday 3 September 2018

BERMAIN FITRAH ANAK-ANAK



[ Bermain Itu Fitrah Anak ]



Kenapa bagi budak bermain je..tak belajar ke??

Kami tengah belajar la ni..

Tu permainan..mana bukunya??

Terdiam seketika mencari jawapan paling menyenangkan hati supaya tak terguris hati dan menyedapkan telinga mendengar.


Sebuah kajian di New Zealand membandingkan kanak kanak yang belajar membaca pada usia 5 tahun dan pada usia 7 tahun.

Contoh


Hasilnya : Pada usia mereka 11 tahun, kedua dua kelompok anak tadi mempunyai kebolehan membaca yang SAMA!tiada beza.


😉 Jadi, jangan risau sangat ye ibu ibu semua kalau nampak anak suka bermain. Tapi permainan yang berfaedah bukan game dekat komputer sepanjang masa.

 IQ tu penting, ticer akui tapi kita kena tahu juga skill yang lain juga penting untuk anak-anak.

Antara skill harian mereka
-buka penutup air
-tuang air ke dalam cawan
-pasang dan buka butang baju
-mengimbang badan
-membawa bekas yang mempunyai air

Kadang-kadang ibu bapa tak rasa benda tu penting tapi saya sebagai ticer merasakan skill tersebut juga salah 1 benda yang penting untuk mereka menjadi lebih berjaya. Menyelesaikan 1 masalah.

Itu sahaja dahulu perkongsian ticer kali ni.
Boleh tengok post2 ticer yang lain jika berminat


http://kisahticer.blogspot.com/2018/08/tanda-tanda-emosi-anak-tidka-terkawal.html?m=1


Tuesday 28 August 2018

Tanda-tanda kita tidak dapat mengawal emosi anak-anak

Perkara yang ke 4 yang kita selalu lakukan. Kadang2 disebabkan keadaan diri kita sendiri



Faham x apa soalan ticer post sebelum ni?? "Tanda kita tak dapat kawal emosi anak" apa yang akan berlaku pada anak kita??

Emosi memang lahir dalam diri kita sendiri tapi dia dipengaruhi oleh persekitaran juga.setuju??

 Benda yang jadi sekeliling kita. Kawan2 yang ada disekeliling kita, sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling kita. Semua akan mempengaruhi emosi kita.

Tak kira dewasa ke kanak-kanak..lelaki ke perempuan. Sama je.. Emosi berubah-ubah

Jadi ibu bapa yang selalu ada dengan anak2 perlu menjaga emosi anak2. Kenapa ibu bapa??sebab anak-anak lebih banyak habiskan masa dengan ibu bapa. Emosi adalah 1 benda yang perlu diajar awalnya. Post sebelum ni ticer ada bagitahu 8 emosi utama anak2.
Nanti leh g tengok balik post ticer di fb

Kita sambung semula " Tanda Kita Tak Dapat Kawal Emosi Anak"

Antara tanda-tanda yang menunjukkan kita tak dapat kawal emosi anak-anak adalah:

1. Anak banyak meragam, merengek dan mengamuk setiap hari


2. Anak tunjuk yang dia memberontak masa kita suruh dia buat sesuatu, tidak mempedulikan apa kita cakap

3. Anak jadi makin pemarah dan perenggus, menghentak2 kaki, menhempas pintu, meletakkan sesuatu barang dengan kuat

4. Kita banyak gunakan nada suara yang tinggi untuk menyuruh anak buat sesuatu baru anak2 mendengar arahan. Keadaan yang membuatkan cikgu di sekolah pon terpaksa menggunakan nada tinggi

5. Kita jadi keliru apa nak buat bila anak meragam hingga akhirnya kita sendiri yang menderita dalam diam, kita sendiri stress, kita sendiri sakit kepala, kita sendiri rasa nak keluar dari rumah dan yang paling sedih kita sendiri naik tangan sebab hilang sabar😭😭

Jadi ibu ayah semua, sebelum kita nak mengajar anak2 menjaga emosi, ibu ayah perlu belajar dulu cara kawal emosi supaya apa??supaya anak2 duduk di sekeliling yang mampu mengawal emosi

Sampai sini dulu perkongsian ticer
Moga ada manfaatnya untuk semua.

Salam sayang dari ticer
Ticer wawa
Ticer sekadar berkongsi
Sehingga berjumpa lagi
Pada post2 seterusnya

Bole klik di fb ticer👉

Mungkin anda mencari pautan ini
http://kisahticer.blogspot.com/2018/08/cara-kurangkan-anak-bergaduh.html?m=1

♥ Copyright © Siti Salwa Harun | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif