Pages - Menu

Tuesday 12 December 2017

Adakag SHAKLEE memberi kesembuhan??

[BAGAIMANA SUPPLEMEN SHAKLEE MEMBANTU PROSES TUBUH]



Guys..
Sedikit perkongsian..
Apabila koranv pernab ambil supplemen Shaklee bukan bermakna CONFIRM sakit anda akan sembuh, kulit mereka akan cantik, susu mereka akan banyak, mereka akan mengandung dsb. NEVER!6

- - - - - - - - - -

Supplemen Shaklee ni sekadar untuk MENAMPUNG NUTRISI GAP dalam badan.

Kalau badan kita cukup nutrisi, in shaa Allah, ia sendiri akan dapat berfungsi dgn baik.

- - - - - - - - - -

Manusia ni hidup sebenarnya disebabkan SISTEM tubuh yang beroperasi setiap hari.

Sistem Pernafasan
Sistem Peredaran Darah
Sistem Pencernaan
Sistem Perkumuhan
Sistem Peranakan
Sistem Otot
Sistem Tulang
Sistem Saraf dan lain2...

Dari mana datangnya SISTEM??

Sistem terbentuk dari Organ, Organ terbentuk dari Tisu, Tisu terbentuk dari Sel.

Sel > Tisu > Organ > Sistem

Sekumpulan sel akan membentuk Tisu, Tisu kemudian membentuk Organ, dan banyak2 organ akan membentuk Sistem.

- - - - - - - - - -

Cuba tgk gambar:


Bagaiman SISTEM PENCERNAAN wujud adalah disebabkan adanya Organ (perut) dan Organ ni datangnya dari sekumpulan TISU, dan Tisu ni datangnya dari sekumpulan sel.

Untuk Sistem Pencernaan ini berfungsi dgn baik, semua bahagian juga perlu mainkan peranan yg baik sekali.

Imagine, kalau organ perut tidak dapat hasilkan enzim utk cerna food, camner keseluruhan proses Pencernaan nak berjln dgn lancar..

Sebab tu, sangat penting untuk setiap bahagian dari peringkat sel sehingga ke organ mempunyai Nutrisi yg mencukupi. Barulah sistem boleh berfungsi!

- - - - - - - - - -

Saya bagi satu contoh yer: HAMIL

Sebenarnya semua wanita boleh mengandung secara semulajadi jika tidak mengalami masalah kesihatan. Cuma bagi sesetengah individu, terdapat ‘nutrient gap’ disebabkan cara hidup dan cara makan yang tidak dapat menampung keperluan tubuh atau menyebabkan nutrien tidak sampai ke dalam sistem tubuh.

Bila masalah kekurangan nutrien ini berlaku, proses normal badan tidak dapat berjalan dengan sempurna termasuk mengganggu kesuburan/ proses kehamilan

- - - - - - - - - -

Jadi di mana kegunaan supplemen Shaklee??

Vitamin Shaklee BUKAN untuk membuatkan kita mengandung yer.

Vitamin Shaklee lebih kpd nk bantu sel tubuh badan utk lebih sihat, tampung mana2 nutrisi yang kurang.

Bila sel cukup nutrisi,  proses normal manusia akan berjalan dgn lancar dan badan akan lebih bersedia untuk mengandung..

Sebab tu, lepas saya educate customer, saya akan TEKANKAN semuanya dgn izin Allah.

Kalau Allah izinkan asbab makan Shaklee, boleh hamil, Alhamdulillah.

Kalau belum, teruskan berusaha + berdoa.

- - - - - - - - - -

Cuma kita kena percaya pada HUKUM ALAM (sunnatullah):

EAT RIGHT & HEALTHY FOOD, get THE HEALTHIER BODY

Bila kita tidak mampu mencukupkan nutrisi harian kita dgn raw food semata2, maka nak atau tidak, kita perlu mengambil supplemen.

And why we trust Shaklee??

Sebab Shaklee ni SEMULAJADI dan setiap satu produk Shaklee, ada proven Clinical Studies!

Tiada bahan kimia berbahaya, in fact Landmark Study menunjukkan, orang yang makan Shaklee lebih 15 tahun mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding yang tidak!

Jadi mengapa kita perlu takut untuk berkongsi kebaikan Shaklee dgn semua orang??

Kalau u juga adalah salah seorang yang telah merasai #ShakleeEffects, kenapa masih nak ragu2 untuk menulis di FB, blog, kenapa masih takut nak approach orang secara offline??

- - - - - - - - - -

Saya boleh katakan, orang yg masih x nak berkongsi kebaikan Shaklee adalah:

✔ mereka yg x konsisten mkn Shaklee

✔ mereka yg malas membaca

✔ mereka yg selesa di comfort zone

So tanya diri, where are we??

Sunday 12 November 2017

SPA murah di Malaysia/the_walking_beauty

Masa memula diberitahu ada kursus ni, ticer  eksaited nak belajar.bukan pikir cantik tau masa tu..
Fikir aku nak duit..aku nak bila takde duit aku boleh cari duit..





Meneruskan mencari dan terjumpa projek yang boleh balik modal semula iaitu projek #kursuspa oleh #thewalkingbeauty
Kursu spa yang mengajar yang bermodalkan harga uang sangat rendah berbanding dekat luar yang memerlukan kita berfikir banyak kali untuk turut sama..


Apa hebatnya team #twb?

Sebab, dapat bukak spa atas nama sendiri,
boleh buat income,
dapat ilmu yang lebih murah dari yang ditawarkan berbanding kat luar sana, dan menggunakan natural product.
Aa juga yang tanya2 macam mana nak join..ticer jauh..melaka..takde masalah team ticer 1 malaysia. Dan sekarang dan keluar malaysia da..US dan dubai. Jadi bukan 1 malaysia..akan bertukar 1 dunia

Andai kata korang nak join tapi korang dok jauh dari Melaka, jangan pening kepala fikir macam mana nak datang training ke sini. Ticer wawa roger je team  yang dekat dengan tempat korang.


Best kan?
Ticer pon seronok juga..

Boleh contact ticer
0122416438

Tuesday 7 November 2017

SPA BERGERAK/MOBILE SPA murah

Mobile Spa/Spa Bergerak

Biasa kalau kat mana2 kita jalan sekarang banyak da kedai-kedai spa..
Perkhidmatan facial pelbagai pakej di tawarkan..
Kami team #twb (the walking beauty project) juga menawarkan pelbagai perkhidmatan tapi hari ini kita tak cerita pasal perkhidmatan tapi kita cerita tentang mereka yang telah menyertai projek kami ini.

Jom tolong kira berapa duit mereka dapat hasil membuat spa bergerak.

Sebelum cerita pasal orang lain..cerita pasal diri sendiri..tabung spa bergerak dan spa di rumah saya..duit facial saya hujung bulan..rasa-rasa ok ke ok??

2 jam service-normal facial+urutan naik seri wajah..RM150.00..2 jam je kot buat spa bergerak

RM65.00 buat spa bergerak..walaupun senggugut tapi bukan penghalang untuk terpaksa terima duit

Hasil malam ni..macam tangkap ikan plak kan..RM110.00 hasil dari spa bergerak..

Jadi tak ada lagi kata rugi buat spa bergerak atau spa di rumah..kepada yang masih tercari2 atau tertanya2 saya sedia membantu kalian hanya perlu hubungi nombor yang tertera di bawah atau boleh terus ke fb saya

Siti salwa harun@ticer wawa
0122416438
Fb:
Siti salwa harun









Thursday 26 October 2017

HEBATNYA doa duduk antara dua sujud

*HEBATNYA
  *DOA*
      *DUDUK ANTARA*
         *DUA SUJUD*
Sumber:google

Bacaannya
▪ _*ROBIGHFIRLII*_
▪ _*WARHAMNII*_
▪ _*WAJBURNII*_
▪ _*WARFA'NII*_
▪ _*WARZUQNII*_
▪ _*WAHDINII*_
▪ _*WA'AAFINII*_
▪ _*WA'FUANNII*_

_Ketika  orang ditanya : “Do’a apakah yang  paling  kerap  dibaca oleh orang islam ?”_

_Banyak  yang  menjawabnya dengan salah. Begitu kerap do’a itu dibaca,  hingga ketika sedang membaca do’a tersebut, banyak antara kita yang tak merasa  sedang membaca DOA tersebut_

_Padahal  do’a itu sangatlah hebat, merangkumi  keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimum 17 kali setiap hari._

_Do’a itu, ialah do’a diantara dua sujud, marilah kita hayati dan fahami maknanya :_

▪ _*ROBBIGHFIRLII*_
_*Wahai Tuhan ampunilah dosaku*, dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke ridhaan اللّهُ. Dosa  adalah  kotoran hati yang mem-buat  hati  gelap,  sehingga  hati kita merasa  berat sekali untuk melakukan kebaikan._

▪ _*WARRHAMNII*_
_*Sayangilah diriku*, kalau kita disayang *اللّه*ُ hidup akan terasa tenang, karena dengan kasih sayang-Nya akan dapat dicapai semua cita-cita. Dengan kasih sayang *اللّه*ُ nafsu kita akan terbimbing dan terdidik_

▪ _*WAJBURNII*_
_*Tutup lah  segala  kekuranganku*, banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur,  kurang  sabar,  kurang  menerima kenyataan, mudah marah, pendendam  dan  lainnya. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki *اللّه*ُ, maka  kita  akan  menjadi  manusia sebenarnya._

▪ _*WARFA'NII*_
_*Tinggikanlah darjatku*, kalau *اللّه*ُ sudah  meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada  manusia atau makhluk yang boleh menghinakan kita._

▪ _*WARZUQNII*_
_*Berikanlah  aku  rezeki,* sebagai hamba *اللّه*ُ kita  memerlukan rezki, *اللّه*ُ mampu mendatangkan rezki dari jalan yang tak disangka dan tidak ternilai banyaknya._

▪ _*WAHDINII*_
*_Berikanlah  aku petunjuk/bimbinglah aku  ke jalan yang benar_* Kita bukan hanya  minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga  minta  petunjuk  agar terhindar dari  mengambil  keputusan  yang di anggap salah._

▪ _*WA'AAFINII*_
_*Berikan lah  aku  kesihatan*,  apabila kita sihat, kita dapat menambah kebaikan  dan  manfaat serta kita tidak menjadi beban kepada orang lain._

▪ _*WA'FUANNII*_
_*Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan*._

_Dari do'a tersebut Dimulakan dan Diakhiri dengan mohon keampunan dari *الله*sehingga kita benar2 bersih dari dosa_.

_*Allah SWT* memerintahkan kita untuk membaca doa tersebut,  *Rasulullah  SAW* mencontohkan  kepada kita, menurut logiknya  do’a tersebut pasti terkabul dan diterima oleh *Allah SWT.*_

         *..... Aamiin .....*

_*Terkadang  yang menjadi persoalan, dimana  hati dan fikiran kita, ketika kita membaca do’a itu dan kita tidak hafal arti serta maknanya ?*_

_Padahal  do'a tersebut *sangat hebat,*dan masih banyak orang sering terburu-buru  yang  sepatutnya perlu tuma'ninah dengan  menghayati  benar-benar meminta kepada Allah SWT._

   *Jika Baik dan Benar*
          Panjang2 kan
             *SEMOGA*
         *BERMANFAAT*

Wednesday 25 October 2017

Allah bosan dengan saya???tapi kenapa??


ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?
Sumber:google

Kisah seorang persara bermusykil dengan seorang Ustaz:

"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"

Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.

- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.

- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.

- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.

- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.

 - Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

- Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.

- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.

- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada.

Allah SWT nak mencari tuan dimana?

Cuba tuan beritahu?

Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita.

PASTIKAN NAMA KITA  SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.

Selamat berjuang saudaraku.
In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.

PENAWAR DALAM ISLAM:

✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = solat Tahajjud.
✿  Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.
✿ Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.
✿ Gelisah = perbanyakan berdoa.
✿ Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah".
✿ Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.
✿ Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfaat.

 # Peringatan buat diri sendiri juga.

Tuesday 24 October 2017

Doa pendek tetapi POWER

Pendek tetapi..



‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً

*Allahumma inni as aluka al-'afiyah*.

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kpd Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata : "Ya Rasulullah, ajarkanlah aku do'a," katanya.

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku, bacalah :

 ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة

*Allahumma inni as aluka al-'afiyah*.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah).

Sekarang apa yang 'Afiyah..???

'Afiyah bermaksud :
"Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa".

👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'afiyah.

👉Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam 'afiyah.

👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam 'afiyah.

👉Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dalam 'afiyah.

👉Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah.

Jadi, pada asasnya 'Afiyah itu bermaksud :
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".
Ini termasuk utk di dunia dan di akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kpd Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata :

"Ya Rasulullah, do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar."

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."

Yang Benar adalah setiap yg bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdo'a.

"Ya Allah, aku memohon kepada-MU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah ENGKAU menguji aku dan lain-lain yg berat."

Semua ini termasuk di dalam "Allahumma inni as aluka al-'afiyah"
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)

Nabi Muhammad (ﷺ) berkata : "Sampaikan lah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat."

Semoga bermanfaat

Sunday 22 October 2017

SPA bergerak.siapa yang layak menyertai??

PERHATIAN..!!!!!

Buat semua gadis-gadis,gegurlzz dan wanita wanita
 tak kira sama ada anda
✔STUDENT, atau
✔ BARU KONVO, atau
✔BELUM BEKERJA atau
✔ DAH BEKERJA, atau
✔ SURIRUMAH ke

SURI HATI MR PILOT ke, SURI HATI MR SUAMI ke yang BELUM BERKAHWIN, atau SUDAH BERKAHWIN. Berita baik untuk anda dan anda..
Peluang buat duit dengan mudah untuk anda!!! Memperkenalkan..

THE WALKING BEAUTY PROJECT atau lebih di kenali sebagai TWB.
TWB kini telah memperkenalkan satu projek iaitu memiliki spa tanpa memerlukan kedai , modal dan sangat mudah untuk mengikuti kelas
Serta memperol Tak percaya? Lihat apa kata mereka :

=========================

"Saya lihat kebanyakan kelas atau kursus spa di luar semuanya mahal mahal. Ribu ribu modal saya perlu keluarkan. Saya tertarik untuk join spa TWB sebab modalnya rendah, kecik tapi manfaatnya besar!" - Ain, Melaka

"Dalam masa seminggu, saya berjaya dapatkan pulangan modal semula malah LEBIH lagi.. terima kasih TWB!" - Izzati, Seremban

"Saya tak pandai nak buat marketing projek spa ni, senang cerita orang cakap memang bodoh la bab bab bisnes spa ni. Tapi Alhamdulilah dengan menyertai TWB bisnes spa saya mendapat sambutan hebat! Saya yang dulu zero kini hero! Terima kasih TWB!" - Athirah, Bangi

"Waktu raya tempoh hari, saya balik kampung dan bawa sekali barang-barang spa saya. Orang raya raya keluar duit, saya raya raya duit masuk!!!Seronok sangat. Raya pon poket penuh.." - Hawa, Klang

"Dalam masa sehari, boleh dapat RM1000. Kau hade? hehe. Sebab tu saya suka sangat projek spa TWB ni. Ilmu dia.. fuh macam mesin buat duit pulak!" - Aimi, Melaka

"tak pernah menyesal join TWB. Suka cantik dan suka buat orang lain jadi cantik jugak!" - Fitriah, Kedah

"Setiap tahun akan ada trip ke luar negara di bawah TWB ini. Masa saya dapat ke PERTH AUSTRALIA tempoh hari, saya rasa bagaikan mimpi. Pertama kali saya anak kampung dapat menjejakkan kaki di luar negara, negara musim sejuk. tak dapat nak diungkapkan dengan kata kata betapa bersyukurnya saya dapat menyertai projek spa TWB ni.. TERIMA KASIH TWB! " - Shakirah, Pulau Pinang

=======================

Amacam, best tak?

Projek spa TWB sememangnya bertujuan untuk bantu anda dapat duit lebih dan dapat jimat lebih bila tak perlu sewa atau beli kedai. Cukup dengan konsep homespa (Pelanggan datang rumah anda, anda guna mana mana ruang di rumah anda untuk jalankan sesi rawatan spa) atau konsep mobilespa di mana anda datang ke tempat pelanggan.

MENGAPA PROJEK SPA? UNTUNG KE? PERMINTAAN TINGGI KE?

JAWAPANNYA YA! SANGAT TINGGI HINGGA KAMI TAK MAMPU MENERIMA BOOKING KERANA TERLALU RAMAI YANG MAHU, TERLALU TINGGI PERMINTAAN DAN JADUAL KAMI PENUH!

KAN BAGUS KALAU ANDA JOIN SAMA DAN NIKMATI FENOMENA INI BERSAMA?

Orang zaman sekarang ni busy, takde masa nak pergi spa. Sebab tu lebih mudah untuk mereka contact anda, dan anda datang ke tempat mereka dengan extra charge sebagai upah anda ke sana dan tampung duit minyak. Kalau pon ada yang tak busy, tapi memang suka ke spa, masalah mereka lain pula.susah nak cari parking, atau mahukan privacy dan servis serta produk terbaik dan dipercayai. Mahu yang muslimah, mereka akan mencari kita yang menjalankan bisnes spa secara "HOMESPA"

NAMUN, SEMUANYA INSHALLAH ANDA AKAN PEROLEHI HANYA BILA ANDA ADA ILMU. ITULAH YANG KAMI TEAM TWB AKAN BERI KEPADA ANDA.
ILMU DAN BIMBINGAN BERTERUSAN!

====================
Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan
Siti salwa harun
0122416438

The walking beauty project


THE WALKING BEAUTY | KURSUS SPA BERGERAK TANPA KEDAI


Zaman sekarang ni nak mulakan apa-apa perniagaan semua perlukan duit! Dah tu, modal yang diperlukan juga besar. Mana ada lagi yang murah dan percuma!

Betul ke masih wujud lagi perniagaan yang memerlukan kita mengeluarkan modal yang rendah tapi boleh beri pulangan yang sgt besar?

Hah, RAHSIA yang BUKAN LAGI RAHSIA!

Kini Projek The Walking Beauty menawarkan KURSUS SPA BERGERAK TANPA KEDAI khas untuk wanita yang berminat dalam bidang kecantikan dan kesihatan.

Terutama bagi wanita yang teringin untuk membuka serta memiliki sebuah SPA atas nama mereka sendiri.

Objektif The Walking Beauty JELAS.

Misi Projek ini adalah untuk membantu golongan wanita yang sedang tercari-cari sebuah perniagaan yang MUDAH, SIMPLE dan juga FUN, tapi at d same time, mampu memberi pulangan yang sungguh luar biasa.

Apa Keistimewaan Kursus SPA di bawah Projek The Walking Beauty (Natural Home Spa / Mobile Spa)
 ??

Sebenarnya berbeza sangat jika anda pergi kursus SPA, tetapi hanya melihat demo yang dilakukan VS anda pergi kursus SPA yang anda sendiri lakukannya (100% latihan praktikal).

Di TWB, anda akan 'dipaksa' untuk membuat latihan berulang-ulang kali sehingga anda pandai dan mahir. Walaupun training yang kami sediakan ini mungkin tidak mengambil masa yang lama (sehari sahaja dan 2 - 3 jam), tetapi kami jamin anda akan menjadi PAKAR kerana latihan yang diberi adalah latihan secara 'hands on.' Latihan yang sangat PRAKTIKAL dan MUDAH.

Anda juga akan dibenarkan untuk access to secret group kami yang besar dan meriah! Di dalam secret group kami ini, anda akan kenal lebih ramai orang yang berlainan latar belakang pekerjaan (ada yang Engineer, Akauntan, Cikgu, bekas Engineer, bekas Cikgu, pelajar, suri rumah dll.)

Anda tidak akan keseorangan! Anda sentiasa di dalam kumpulan sokongan (support group) walaupun masing-masing memiliki SPA sendiri.

Anda juga akan diajar untuk pandai menyediakan rawatan kecantikan dan kesihatan luaran serta dalaman yang pelanggan suka.

Bahkan anda akan diajar RAHSIA, TEKNIK dan STRATEGI BUAT DUIT HARI-HARI.

TAWARAN MEMULAKAN PERNIAGAAN SPA TANPA KEDAI dengan MODAL yang SANGAT KECIL WALAUPUN TIADA ASAS atau PENGALAMAN LANGSUNG


Hubungi:

Puan Siti Salwa Binti Harun

Pemilik dan Pengusaha De'WaFa Blue Beautycare
0122416438

FB: Siti Salwa Harun
IG: Dewafa_shakleemelaka

Tuesday 6 June 2017

Puasa seperti ulat jangan seperti ular

🌹Assalamualaikum semua & Selamat Berpuasa.....🌹

BERPUASALAH SEPERTI ULAT, JANGAN SEPERTI PUASA ULAR



Apa yang sibuk sangat nak baca ni tentang puasa ulat dan puasa uar..kita manusia bukan haiwan..

Yeee..memang betul tapi kita boleh ambil pengajaran..dari kisah puasa seekor ulat dan sseekor ulat..

Ada yang da tahu ke cerita ni??bagus kalau ada yang dah tahu..
Ada belum tahu??boleh teruskan membaca jambatan ilmu ni..
Jom ticer cerita..

Seperti yang kita tahu, puasa sesungguhnya diwajibkan kepada manusia. Tetapi sselain manusia terdapat beberapa jenis makhluk hidup melakukan puasa sebelum mendapatkan kualiti hidupnya.

Contohnya puasa induk ayam yang mengeram sehingga berubah telur menjadi makhluk baru yang berbeza bentuk yang disebut anak ayam.

Di antara puasa haiwan yang dapat kita ambil pelajaran agar puasa kita mencapai darjat taqwa, ialah puasa ULAR dan puasa ULAT.

A. PUASA ULAR 🐍

Agar ular mampu menjaga kelangsungan hidup, salah satu yang mesti dilakukan adalah menggantikan kulitnya secara berkala.

Ular tidak dapat menanggalkan kulit lama serta merta. Ia mesti BERPUASA tanpa makan dalam tempoh waktu tertentu. Setelah PUASANYA TUNAI, kulit luar terlepas dan muncullah kulit baru.
Hikmahnya:
1. WAJAH ular sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
2. NAMA ular sebelum dan sesudah puasa tetap sama yakni ULAR.
3. MAKANAN ular sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
4. CARA BERGERAK sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
5. TABIAT dan SIFAT sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.

B. PUASA ULAT

Ulat termasuk serangga paling rakus kerana hampir sepanjang waktu hidupnya dihabiskan untuk makan.

Tapi bila sudah bosan makan, ia lakukan perubahan dengan cara berpuasa. Puasa yang benar-benar dipersiapkan untuk mengubah kehidupannya. Untuk itu ia mengasingkan diri, badannya dibungkus rapat dan tertutup dalam kepompong sehingga tak dapat lagi melampiaskan hawa nafsu makannya.

Setelah berminggu-minggu puasa, maka keluarlah dari kepompong seekor makhluk baru yang sangat indah bernama RAMA-RAMA.

Hikmahnya:
1. WAJAH ulat sesudah puasa berubah INDAH MEMPESONA
2. NAMA ulat sesudah puasa berubah menjadi RAMA-RAMA.
3. MAKANAN ulat sesudah puasa berubah MENGHISAP MADU
4. CARA BERGERAK ketika masih jadi ulat menjalar, setelah puasa berubah TERBANG di udara.
5. TABIAT dan SIFAT berubah secara total. Ketika masih jadi ulat menjadi perosak alam pemakan daun. Selepas menjadi kupu-kupu menghidupkan dan membantu kelangsungan kehidupan tumbuhan dengan cara membantu PENDEBUNGAAN.
__________________
Beza dari susut Kiasan makna

'ULAR' - Orang yang Sebelum, Semasa, Selepas puasa di bulan Ramadhan, sikap dan amalannya SAMA shj buat keburukan dan kekejian dan tiada perubahan ke arah kebaikan maka tiada beza ia dengan sifat seperti Ular semua keadaan sama sahaja seperti seolah-olah tiada apa manfaat melainkan penat menahan lapar dan dahaga sahaja.

ULAT - Orang yang Sebelum, Semasa, Selepas puasa Ramadhan ia menjurus ke arah semakin baik dan cantik amalannya maka ia seperti Ulat yang Sebelum dan Selepasnya berubah ke arah yang lebih baik dan semakin cantik keadaannya.
_______________
Pengajarannya
Semoga ibadah puasa kita mampu menghijrahkan diri kita agar semakin taqwa dan mampu "khairunnas anfa'uhum linnas" (sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberikan manfaat bagi manusia lainnya). Puasa kita tidak mengubah fizikal secara ketara seperti ulat, tetapi mampu mengubah secara ketara pada Rohani kita. Semoga puasa kita diterima Allah SWT... Aamiin Allahumma Aamiinnn

Ticer sayang semua
Salam sayang
Ticer wawa
0122416438

Saturday 3 June 2017

Cara mengatasi anak-anak mengamuk

Mak ayah mana yang tahan bila anak mula mengamuk..menjerit, menangis siap hentak-hentak kaki, baling barang..dan macam- macam lagi..



Kebiasaannya anak-anak 2 tahun adalah usia mereka mula pandai memberontak dengan cara mengamuk. Sama ada tidak dapat apa yang diinginkan atau dimarahi orang tua.

Ticer nak share tips cara mengatasi dari salah seorang doktor therapy(lupa la nama dia)

antara cara-cara mengawalnya anak mengamuk adalah:

1. Jangan rotan ketika anak-anak sedang mengamuk,pegang tangannya..biarkan seketika sehingga rasa reda
(Kadang2 hilang sabar ye ibu2??)

2. Peluk kuat-kuat, rapatkan badan tangan rangkul dengan kaki sekali, cium dahi atau kepalanya

3. Bisikan sesuatu di telinga anak contoh ibu sayang adik, ibu minta maaf,adik budak baik

4. Duduk sama level dengan anak, bertentang mata dengannya, tenung matanya dengan penuh kasih sayang

5. Bercakap dengan anak menggunakan nada yang rendah dan penuh kasih sayang. Tanya kenapa marah, nak apa, kenapa kita marah dan sebagainya..

Semoga ibu2 dapat membesarkan anak2 dengan penuh kesabaran dan ticer doakan ibu2 semua ditempatkan disyurga Insha Allah..

Salam sayang dari ticer..


Semoga bermanfaat
Selamat mencuba
Semoga berjaya

#ticerkongsi
#sharelakalaubermanfaat

Saturday 27 May 2017

Bersahurlah walau SETEGUK air!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...wbt
Apa khabar semua..
Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan Ramadhan..
Ramadhan kareem..
Marhaban Ya Ramadhan..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”(H.Riwayat Bukhari & Muslim)

Pengajaran Hadis:

i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

iv) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

v) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

#SyukurSelalu
#SalamRamadhan

Ticer wawa sayang semua
Tq sudi baca blog ticer

Ticer sedia membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan dengan #shaklee

Kenapa JANGAN terus tidur selepas sahur??

BAHAYANYA TIDUR SELEPAS SAHUR

Assalamualaikum..
Da sudah sahur ke tu semua??
Ngantuk lagi ke??menguap2 tu..
habis sahur memang mengantuk, tapi jangan terus tidur ya...

Sebab apa jangan??
Sebabnya...
Ketika tidur, semua organ dalam tubuh kita akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.

Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna
Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan di "makan" oleh bakteria jahat --> jumlah bakteria jahat di perut & usus menjadi dominan, di mana sifat bakteria ini: anaerob (KURANG oksigen), hasil metabolisme bakteria bersifat asid.

Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat SANGAT ASID
- Asid nitrit akan meningkatkan darjah keasidan tubuh
- Darjah keasidan tubuh membeban sistem metabolisme tubuh.
- Asid nitrat SANGAT, SANGAT, SANGAT beracun untuk liver (hati) anda!
- Liver akan bekerja keras melawan racun.
Sel darah putih akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini.

Tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun.
Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.
.
Semua ini terjadi hanya kerana apa ???
Hanya kerana anda tidur segera setelah bersahur..!!

Kesimpulannya;
- Tidur setelah sahur akan menghalang terhadap tujuan puasa: iaitu ingin sihat.
- Tidur setelah sahur merosak liver
- Membuat dominan bakteria jahat.
- Menambah PH keasidan tubuh, INGAT, jika PH tubuh anda <4 maka SEL KANSER AKAN MULAI TUMBUH
- Keadaan tubuh menjadi an-aerob (kurang oksigen), SEL KANSER AKAN TUMBUH PESAT PADA SEL TUBUH YANG PALING KURANG OKSIGEN.
Rasulullah SAW tidak pernah tidur setelah sahur.

Usahakan lawan mengantuk dengan bertadarus, mengaji, membaca buku, dan sebagainya..
semoga sekalian tambah pahala dan sihat di bulan RAMADHAN.

Ticer wawa
#bersama usaha lebih baik

Friday 26 May 2017

Bagaimana SHAKLEE membantu kita

BAGAIMANA SUPPLEMEN SHAKLEE MEMBANTU PROSES TUBUH

Tahu tak, ticer tidak pernah sesekali pon cakap customer saya, bila mereka ambil mana-mana supplemen Shaklee, sakit mereka akan sembuh, kulit mereka akan cantik, susu mereka akan banyak, mereka akan mengandung dsb.
 NEVER!
TAK PERNAH!

- - - - - - - - - -

Supplemen ni sekadar MENAMPUNG NUTRISI GAP dalam badan kita sebenarnya

Kalau badan kita cukup nutrisi, in shaa Allah, ia sendiri akan dapat berfungsi dengan baik.

- - - - - - - - - -

Manusia ni hidup sebenarnya disebabkan SISTEM tubuh yang beroperasi setiap hari.

✔Sistem Pernafasan
✔Sistem Peredaran Darah
✔Sistem Pencernaan
✔Sistem Perkumuhan
✔Sistem Peranakan
✔Sistem Otot
✔Sistem Tulang
✔Sistem Saraf
dan lain2...

Dari mana datangnya SISTEM??

Sistem terbentuk dari Organ, Organ terbentuk dari Tisu, Tisu terbentuk dari Sel.

Sel > Tisu > Organ > Sistem

Sekumpulan sel akan membentuk Tisu, Tisu kemudian membentuk Organ, dan banyak2 organ akan membentuk Sistem.

- - - - - - - - - -
Sumber:google

Seperti dalam gambar.

Bagaiman SISTEM PENCERNAAN wujud adalah disebabkan adanya Organ (perut) dan Organ ni datangnya dari sekumpulan TISU, dan Tisu ni datangnya dari sekumpulan sel.

- - - - - - - - - -

Saya bagi satu contoh yer: HAMIL

Sebenarnya semua wanita boleh mengandung secara semulajadi jika tidak mengalami masalah kesihatan. Cuma bagi sesetengah individu, terdapat ‘nutrient gap’ disebabkan cara hidup dan cara makan yang tidak dapat menampung keperluan tubuh atau menyebabkan nutrien tidak sampai ke dalam sistem tubuh.

Bila masalah kekurangan nutrien ini berlaku, proses normal badan tidak dapat berjalan dengan sempurna termasuk mengganggu kesuburan/ proses kehamilan

- - - - - - - - - -

Jadi di mana kegunaan supplemen Shaklee??

Vitamin Shaklee BUKAN untuk membuatkan kita mengandung yer.

Vitamin Shaklee lebih kepada nak bantu sel tubuh badan untuk lebih sihat, tampung mana2 nutrisi yang kurang.

Bila sel cukup nutrisi,  proses normal manusia akan berjalan dengan lancar dan badan akan lebih bersedia untuk mengandung..

Sebab tu, lepas saya educate customer, saya akan TEKANKAN semuanya dgn izin Allah.

Kalau Allah izinkan asbab makan Shaklee, boleh hamil, Alhamdulillah.

Kalau belum, teruskan berusaha + berdoa.

- - - - - - - - - -

Cuma saya percaya pada HUKUM ALAM (sunnatullah):

EAT RIGHT & HEALTHY FOOD, get THE HEALTHIER BODY

Bila kita tidak mampu mencukupkan nutrisi harian kita dgn raw food semata2, maka nak atau tidak, kita perlu mengambil supplemen.

Saya percaya pada Shaklee sebab ianya SEMULAJADI dan setiap satu produk Shaklee, ada proven Clinical Studies! Tiada bahan kimia berbahaya, in fact Landmark Study menunjukkan, orang yang makan Shaklee lebih 15 tahun mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding yang tidak!

Jadi mengapa saya perlu takut untuk berkongsi kebaikan Shaklee dgn semua orang??

Sedangkan saya juga adalah salah seorang yang telah merasai #ShakleeEffects

- - - - - - - - - -

Ok, I'm happy to help mana2 orang yang mempunyai masalah "nutrisi" ni. Bagaimana untuk jalani hidup yang lebih sihat dgn menjaga NUTRITION INTAKE.

Kalau ada sebarang masalah, jangan segan2 okey utk chit chat dgn saya.

I'm happy to give d best consultation for u :)

Ticer wawa
0122416438

Sorry, ter bebel panjang pula ni 😂

KERANAMU LIDAH..BADAN BINASA

12 JENIS BENCANA LIDAH MENURUT IMAM AL-GHAZALI



1. Perkataan yang tidak bermanfaat boleh membuatkan hati menjadi kasar.
                               
2. Mereka yang banyak bercakap, cenderung dia banyak berbohong.

3. Bersembang kosong. Padahal ciri-ciri org yang beriman adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri daripada perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

4. Akan menyebabkan pertengkaran dan dendam.

5. Banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.

6. Mereka akan berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.

 7. Ucapan yang mengandungi makian dan cacian.

8. Ucapan yang mengutuk sesorang atau satu golongan.

9. Ungkapan syair atau nyanyian boleh membangkitkan nafsu kebinatangan sesorang.

10. Senda gurau dan memperolok-olokkan orang lain. Rasululullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya, mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria".

11. Membuka rahsia orang lain.

12. Bersumpah palsu.

 Semua itu merosakkan nilai-nilai amanah.

 Rasulullah SAW bersabda:

" Waspadalah terhadap pembohong dan orang orang yg zalim sama sama dalam neraka".

Seorang sahabat pernah  bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Apakah penyebab terbesar orang masuk neraka?"

Baginda menjawab:

 "Kerana lidah dan kemaluannya".

(HR At-Tarmizi)

Semoga Allah mengurniakan taufik kepada kita semua untuk menjaga lidah dari menuturkan sesuatu yang boleh mengundang murkaNya. Amiin.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Thursday 25 May 2017

Betul ke anak kita boleh duduk diam 24jam??

Assalamualaikum..
Apa khabar semua??
Hari ni nak cerita tentang parent dan anak..
Jom bersama ticer..
Ada x parents yang suka anak dia pasif??
Takde parent pon suka tengok anak2nya lemah..tak semangat..pasif..semua tak nak..semua geleng kepala..ticer sendiri tak suka..bila tengok anak2 murid jadi macam tu..

Tapi ramai ibu bapa suka anak2 duduk diam tak buat bising..setuju??

Jangan Paksa Anak Duduk Diam 24 Jam. Ibu Ayah Kena Faham Proses Perkembangan Anak Ikut Fasa..tak tahu banyak..tahu sikit2 pon jadi la..

Trend ibu bapa sekarang sentiasa mahu anak mereka jadi cepat pandai dan boleh duduk diam setempat tak payah 'explore' sekeliling sebab nanti letih nak kejar mereka.lari ke sana ke sini..

Anak-anak kecil yang memang boleh duduk diam masa makan di restoran tapi sebab apa??sebab masing-masing umpan anak2 dengan hp dan anak2 khusyuk tengok cerita kartun.Tahniah..ibu bapa berjaya membuat anak2 duduk diam..

Selesa nampak ibu dan ayah boleh makan dengan tenang tanpa 'gangguan' dari si kecil. "Eh, semua orang buatlah."(kebanyakannya)

Lagi satu, ibu bapa sekarang juga 'gila' nak suruh anak mereka cepat pandai. Masing-masing berlumba nak anak pandai membaca kalau bole pada usia bayi lagi. Sudahnya anak yang jadi mangsa paksaan hingga mengganggu fasa perkembangan mereka secara berperingkat tu.
Sumber:google

"Cikgu,anak saya(antara 1-3 tahun) susah nak fokus bila buat aktiviti...macam mana nak buat ye?"

Ni soalan paling susah saya nak jawab. Kadang2 saya macam tertanya sendiri..kenapa awal sangat nak anak2 fokus??

Buka minda luas2,tarik nafas dalam2 lepas setenang2nya..cuba fikirkan..

Jom kita sama2 belajar sikit tentang proses tumbesaran anak

PROSES.....setiap benda ada PROSES utk dapatkan sesuatu hasil. Anak2,bukan terus keluar lihat dunia,terus dapat jadi macam kita yang macam orang dewasa ni.

Adakah anak2....asal keluar je dari perut kita terus boleh bercakap, membaca, menulis, pakai baju, basuh pinggan mcm kita?? Ada ke? Secara fitrahnya,takde kan?kalau ada pun 1 dalam 1000..susah la nak dengar berita anak2 lahir da boleh berlari..

Benda fokus tak fokus yg asyik dok bermain dalam fikiran kita ni hanyalah satu persepsi dan mainan perasaan semata-mata. Sebab apa? Sebab kalau boleh,kita nak anak ni duduk diam2 sebab kita pun nak buat kerja kita,nak berehat,nak ada ''me time''..

Kanak2 ni mak ayah semua....fitrahnya mereka untuk meneroka. Mana ada budak yang boleh duduk diam. Kalau ada budak keluar2 dok diam,kena cepatlah bawak pergi check sebab ianya sudah 'melawan' fitrah manusia.
Sumber:google

Kanak2 kena melalui fasa perkembangan yg wajib ada pada diri kita sebagai manusia biasa

Sebab tu saya kurang bersetuju kaedah membaca untuk kanak2 di bawah usia 2 tahun dijalankan..membaca tau bukan kenal huruf..kenal bentuk..kenal warna..membaca..memang anak2 kecil lebih cepat tangkap..cepat dapat walhal seusia mereka kena meneroka apa yang ada di sekitarnya di sekeliling dia..

Kdg2 saya geram juga....apa yang saya cakap,seringkali tidak dipandang endah sedangkan setiap tahun saya akan menerima anak2 sekolah tadika yang mempunyai masalah perkembangan, kebanyakannya berpunca daripada proses perkembangan tidak berjalan dengan baik dan ianya semakin meningkat dari sehari ke sehari. Setiap tahun ada seorang dua kanak-kanak yang tidak boleh mendengar arahan,berkomunikasi dengan baik,dan mempunyai tingkah laku sukar untuk dikawal.
Sumber:google


Dah kalau dari kecil diajar duduk untuk membaca, tengok TV, tengok gadget time makan,time tidur...time kita nak berehat...memanglah jadi begitu. Tapi bila bagi main benda kotor,kita kata geli...sebab xpernah ajak pergi pantai main pasir..bila anak nak memanjat,kita risau jatuh. Sebab tak pernah bawa anak2 bersosial di playround awam di tempat2 awam yang lain. Mudah je jawapannya.. RISAU..sebab apa??nanti anak2 bermain xde sape nak tengok..ibu ayah kan ada..tak bolehhhh..sebab apa??sebab ibu ayah sibuk dengan hp di tangan 24jam..memang kejam rasanya ayat ni tapi tu la hakikatnya..ibu ayah tak memberi hak anak2..

Nilah dia sikap parents yang sebenarnya memusnahkan proses perkembangan anak itu sendiri. Semua nak cepat...nak anak cepat belajar,nak anak cepat pandai,nak anak cepat duduk diam,nak anak cepat jalan,cepat itu,cepat ini....semua la..lepas tu takpe cikgu kan ada..bila tak dapat apa yang dia nak..cikgu ni tak ajar ke??ibu ayah semua,cikgu kat sekolah bukannya tengok anak ibu ayah sorang je..ramai lagi anak2 lain..kenapa ibu ayah tak membantu juga??maaflah kami sibuk..sibuk kerja..sibuk berbisness..sampai lupa apa tanggungjawab ibu ayah??semua atas bahu cikgu..saya takde pengalaman..saya takde ilmu..saya takut ajar bende salah..saya itu..saya ini..cikgu tolong tengok2 anak saya..memang tugas guru..tapi mana tangungjawab ibu bapa sebenarnya??duit bukan segalanya

Tetapi PROSESnya tak nak lalu sendiri...

"Susah kalau nak ikutkan kehendak anak nak lari sana sini,boleh semput saya dibuatnya": No komen. Ni jawapan paling selalu sangat kita dengar..

Proses perkembangan yang utama yang WAJIB anak lalui dan anda berikan kpd anak2,paling penting untuk usianya 0-4 tahun adalah:

1.Anak2 kena diberi pendedahan terhadap setiap tekstur yang ada di sekeliling mereka bukan sahaja kpd kulit badan malah terhadap mulut juga. Tekstur ni faham tak apa? Tekstur lembut,berpasir,keras,kasar,berbulu,suhu panas dan sejuk,licin...tekstur makanan termasuklah yang crunchy,yang chewy,yang lembut,keras,juicy,ada rasa masam,manis,masin,pahit,tawar,pedas dan proses2 ni saya sendiri buat di sekolah kerana apa??sebab ada anak2 belum laluinya masa kecil dulu..

Ni semua rangsangan tau.Kalau tak bagi,sistem otak takleh berfungsi. Faham ke tak faham? Sebab tu jangan obses sangat dengan flashcards. Flashcards takde semua bentuk rangsangan ni. Bagi benda real depan mata. Buah epal dalam gambar mana sama dengan buah epal yang sebenar. Kalau ajar anak 0-4 tahun huruf A,kalau dia tak kenal lagi,rileks sudah. A secara real tak melambangkan apa2. Sebab tu kdg2 berpuluh kali ajar,anak tak reti terus dah stress sebab anak tak pandai lagi. Padahal diri sendiri yg buat benda 'melawan fitrah' anak.Lepas tu cakap anak tak fokus. Apakah?????

Bila kita bagi rangsangan terhadap kulit dan mulut yang betul,secara automatiknya otot2 anak bergerak. Ini respon yang otak berikan setelah semua pemprosesan tadi berlaku dalam otak. Contohnya bila otot mulut bergerak,baru mudah anak nak bertutur dengan baik. Tapi benda ni takkan dapat dalam sehari dua,maka BERSABARLAH. Yang penting,kita beri secara konsisten.

2.Kanak-kanak suka nak bergerak.

Ada masalah ke nak bagi anak bergerak??? Lagi lama mereka bergerak,lagi baguslah sebenarnya.....

Pergerakan anak ni sebenarnya banyak merangsang proses yang kita sendiri tak nampak dengan mata kasar.Bila anak bergerak,sistem keseimbangan badan dirangsang,sistem penghantaran maklumat antara otak kiri dan kanan berlaku dengan pantas, sistem penglihatan membantu proses percakapan berlaku dengan baik,sistem daya tumpuan dalam otak menjadi kukuh,sistem otot dan sendi menjadi kuat dan ada ketahanan

jadi bila lagi lama kita latih anak untuk bergerak,ketahanan otot dan sendi akan menjadi semakin kuat,anak akan mudah untuk duduk diam. Lagi sekali, proses ini bukan anak akan dapat dalam sehari dua. Ada anak,pada usia 5 tahun,apabila sudah dirangsang elok sistem pergerakan badannya,dia akan mudah duduk diam dan fokus pada tugasnya. Ada anak,kadang2 proses dia nak bergerak tu lama......sampai usia 7 tahun pun belum tentu boleh duduk diam dan fokus,ada masanya sampai usia akil baligh baru nak duduk diam.

Tapi sampai bilalah nak berkejaran dengan anak2 ni kan? Tak payah risau....aktiviti fizikal ni bagi je anak ke taman permainan sama ada indoor atau outdoor. Antara rajin dan tidak je kita nak buat semua ni sebenarnya...Bagi anak yang lasak,boleh challenge dirinya dengan membuat aktiviti hiking, masuk hutan, rock climbing dan sebagainya. Tapi janganlah sampai suruh mereka memanjat signboard "IPOH" yang besar tu pulak.(sorry saja melawak)

Anak yang tak belajar lagi utk bermain bola,ajarkan. Dengan sebiji bola, kita boleh membaling, menangkap, menendang,menampar dan sebagainya.

Pilih satu sukan utk anak libatkan diri dan tiada salah utk ajarkan skills nya sebab ianya merangsang segala benda yg saya cakap kat atas tadi.Badan sihat,otak cerdas. Kalau asyik duduk dalam rumah je,bila masa badan nak sihat dan otak nak cerdas? Kalau kita boleh main golf,ajarlah anak main golf. Kalau tak boleh sangat,dah kalau anak nak berlari juga....pergilah ke taman tasik,buat aktiviti berjogging dan berlari sama-sama. Kalau kita pun malas,jadi anak pun malas....janganlah disalahkan anak.

Bergerak tidak menjadikan anak nakal. Anak yang lasak seringkali disalah tafsirkan sebagai anak yang nakal. Menumbuk adalah satu bentuk bermain dan ada sesetengah negara bagi ruang utk anak buat 'fighting play' atau 'pillow play'. Ini benda normal. Anak yg nakal adalah mereka yang melakukan perkara2 yang dilarang dalam agama dan masyarakat. Selagi mana anak2 ini tidak melakukan perkara yang dilarang,selagi itulah pergerakan yg mereka lakukan tidak salah

Anak yang bergerak tanpa arah tuju,berikan "arah tujuannya". Angkat dan letakkannya di atas papan gelongsor,buaian dan jongkang jongket. Kalau anak takut,jangan risau.Beri masa.Inilah prosesnya.Janganlah mengalah.

Ni dah kira panjang lebar sangat dah saya bagi penjelasan utk ajar anak supaya jadi fokus. Tak ada proses yang mudah utk buat anak fokus. Jangan pernah melawan fitrah perkembangan anak.Risau nanti lain pula jadinya. Mungkin dari segi perkembangan yg kita lihat pada mata kasar ni jadi sempurna eloknya di awal usia,tetapi di pertengahan usia mereka lain pula jadinya. Ada banyak kes anak yg sudah dibiasakan menjadi pandai sejak kecil, menjadi "down" terus ketika sudah besar, Tiada motivasi utk belajar. Kerana sentiasa diharapkan utk menjadi pandai sehingga tekanan dtg dalam banyak bentuk cobtoh cikgu force kan utk dijadikan kebanggaan sekolah la,tak dapat terima bila dapat markah rendah dan sebagainya.

Nabi pun mula membaca di usia Baginda mendapat wahyu. Anak kita? Belum boleh jalan lagi sudah disibukkan utk membaca walhal Nabi,ketika proses membesar,banyak membesar dengan memikul tanggungjawab diri dan hidupan di sekeliling Baginda.

Semoga bermanfaat untuk semua ibu bapa..berjaya membesarkan anak2 dengan mengikut perkembangan..

Saya ticer wawa
Ticer tadika
0122416438

#shakleemelaka

Cara menyambut RAMADHAN KAREEM



Dengar Ikim ..ceramah ustazah Norhafizah

 *CARA SAMBUT RAMADAN*



● *Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini*

● Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah
 *"Ramadhan Kareem*" dan org yg mendengar menjawab
*"Allahu Akram"*
Maksudnya *"Ramadhan Mulia"*
dan jawapannya
 *" Allah lebih Mulia"*

● Sambutlah Ramadhan ini dgn *wajah yg berseri-seri* tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini.

● Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu...hiasilah diri dgn *AMALAN* dan *TAQWA*

*Ramadhan Kareem utk sahabat semua*

* Mohon Maaf Zahir dan Batin untuk semua *

Tuesday 23 May 2017

Di mana shaklee dipacking??

Bagi yang tak tau.

Produk shaklee direct dari US. Bukan dipacking di Malaysia. Dah sampai ianya disimpan di warehouse di SCHENKER.

Bukan main susun-susun je. Tapi shaklee bagi pada yang pakar dalam penyimpanan produk pharmaceutical.

Bila kita buat online order, produk keluar dari warehouse. Boleh tengok di kotak yang sampai.

Packing pun kemas gunakan kotak dan diseal elok2.

Dalam dia ada beg udara kecik2 tak nak bagi produk bergerak-gerak.

Sebab tu saya suka guna perkhidmatan ni. Sebab kualiti penghantaran dan kualiti produk tu lebih baik!

Sedikit info. SCHENKER ni bukan calang-calang syarikat tau. Dorang memang specialist dalam bidang warehouse di beratus-ratus buah negara maju dengan standard kualiti yang tinggi.

Akhir kata produk yang sama pun kualiti mungkin berbeza-beza kalau penyimpanannya main hantam saja.

Tapi kadang saya ada jugak order untuk sedikit stok di rumah. Sebab ada customer yang dekat-dekat nak cod.

Ada jugak yang suka pos pakai poslaju. Tak mau Gdex/Citylink. So saya pos stok yang ada di rumah saya lah. 😊

Gitulah ceghita nye hehe

Kredit: Master Herny

Tuesday 9 May 2017

Doa yang POWER

Pendek tetapi.. Do'a ini..

Do'a yang *POWER*.


‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً

*Allahumma inni as aluka al-'afiyah*.

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kpd Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata : "Ya Rasulullah, ajarkanlah aku do'a," katanya.

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku, bacalah :

 ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة

*Allahumma inni as aluka al-'afiyah*.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah).

Sekarang apa yang 'Afiyah..???

'Afiyah bermaksud :
"Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa".

👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'afiyah.

👉Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam 'afiyah.

👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam 'afiyah.

👉Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dalam 'afiyah.

👉Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah.

Jadi, pada asasnya 'Afiyah itu bermaksud :
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".
Ini termasuk utk di dunia dan di akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kpd Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata :

"Ya Rasulullah, do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar."

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."

Yang Benar adalah setiap yg bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdo'a.

"Ya Allah, aku memohon kepada-MU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah ENGKAU menguji aku dan lain-lain yg berat."

Semua ini termasuk di dalam "Allahumma inni as aluka al-'afiyah"
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)

Nabi Muhammad (ﷺ) berkata : "Sampaikan lah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat."

Semoga bermanfaat..

#SHARE untuk orang lain juga ye...!!! Sebarkan..

Tuesday 21 March 2017

8 Jenis rezeki dari Allah

*8 JENIS REZEKI DARI ALLAH*


*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Aamiin 🌹🍃

wallahu'alam

Monday 20 March 2017

Siapa anak kita sebenarnya

Assalamualaikum..
Just sharing
Pesanan untuk ibu bapa dan bakal ibu bapa dan juga diri sendiri.



Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

Saya hanya cikgu tadika..

Friday 3 February 2017

Kalsium!! adakah PENTING??

Salam alaik..
Morning..
Selamat berhujung minggu..
Minggu ni ticer di sekolah rendah ticer dolu2..
Meneman anak dara buat latihan tarian..
.
.
Mesti yang search ni tengah sedang mendung kannn..
Eh..mendung plak...mengandung la kannn..
Alaaa...saje je gurau2..
.
.
Bape minggu da tu??
Alhamdulillahhh..tahniah yeee..
.
.
Ticer nak tau x??kalsium sangat2 penting ketika mengandung tau..sebab apa???
Sebab kita nak share dgn si comel dalam perut tu ..

Hari ni ticer nak share ckit tentang masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu menandung jika kekurangan kalsium..

Antaranya adalah:
1.kesukaran untuk tidur
2.kekejangan
3.anemia
4.mudah marah
5.gangguan pertumbuhan rambut
6.kerosakan gigi
7.gangguan penglihatan
8.alergik
9.pereputan gigi
10.sering sakit pinggang
11.sembelit
12.buasir
13.darah tinggi

Masalah yang dihadapi oleh si comel? Jika kekurangan kalsium?
1. Masalah lemah jantung
2. Masalah perkembangan otak
3. Masalah pembentukan tulang dan gigi

Keperluan kalsium kita sehari

IBU HAMIL MEMERLUKAN 1200MG -1500MG SEHARI

Kenapa 1200mg-1500mg??sebab perkongsian kalsium dengan si comel..sebab tu kena amik kalsium yang mencukupi. .
Supaya si comel dapat kalsium cukup macam mama dia..

Sebab tu ticer sangat sarankan kepada ibu mengandung mengambil ostematrik shaklee..
Sebab ostematrik shaklee memang sangat kaya dengan kalsium..

1 tablet Ostematrix = 1cawan susu = 80biji almond
Sanggup ke kita nak minum bercawan2 susu atau bertong2 almond??untuk dapatkan kalsium yang tinggi??

Jadi hanya perlu mengambil 4 biji ostematrix yang sangat membantu masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu yang sedang hamil..

Kelebihan ostematrix
1. Mengelakkan kekejangan 
2. Elakkan kerosakan gigi (rongak plak nanti)
3. Elak pereputan tulang (osteoporosis)
4. Elak tekanan darah tinggi ketika hamil
5. Elakkan sakit pinggang
6. Elakkan SEMBELIT dan BUASIR
yang ni yang selalu ibu alami kannn. 
7. Bantu buat tidur lebih lena



Jadi jangan pandang remeh kekurangan kalsium..kerana bukan saja untuk kita malah untuk si comel juga..

Jadi kepada sesiapa yang memerlukan kalsium yang kaya dengan magnesium,Vitamin D dan K..boleh hubungi ticer segera..

Free consaltation
Free gift juga menanti

Ticer wawa
0122416438
Atau bole ke fb ticer
https://www.facebook.com/mrbuncit

Thursday 2 February 2017

Kalsium terbaik

Assalamualaikum
 ☀ Good news!!
 sejenis vitamin yang di perlukan oleh semua tubuh badan baik lelaki mahupun perempuan is on promotion now guys!

Harganya sebotol adalah sangat affordable, dan bila ada offer percuma satu ni.. ini lah peluang untuk anda simpan stok untuk TUJUH (7) bulan terus! #tips bagi yang mahu beri terbaik untuk diri sendiri tapi mahu berjimat cermat..

yes! ini lah caranya. Rebut time promosi. Terutama mereka yang sedang mengandung, ostematrix sangat membantu untuk sumbangkan kalsium mencukupi..

almaklumlah skg berkongsi kalsium dengan si baby kat dalam perut tu kan.. Then sangat sangat bagus untuk atasi masalah sembelit! Serius sehari boleh membuang dengan mudah dan jayanya 1-2 kali! Seronok sangat! Itulah powernya ostematrix ni..

Mungkin wawa akan beli untuk kami suami isteri, 2 set. 7 botol untuk wawa, 7 lagi untuk suami. Jimat dah lepas ni tak payah dah keluar duit beli ostematrix lagi sebab dah beli time promo

Dapat FREE 2 botol kan! Alhamdulillah Allah bg jalan untuk kami berjimat cermat melalui promosi ini ♥ anda pon kena macam tu tau. Buat pelaburan bijak. Alang2 keluar duit untuk keperluan dan kesihatan diri sendiri, biar dapat grab time promo dengan sebotol extra percuma, baru puas hati!

Alhamdulillah pagi pagi dah ada orang nak beli ostematrix, omega, esp, dan vitalea. Siapa nak rebut jugak promosi ostematrix ni, pm tiera laju laju tau! Stok skg laju je habis, tgh fenomena kot shaklee ni 😍


Pm / sms / whatsapp
0122416438
 #shaklee #sayajualshaklee #shakleepromo #kedaishaklee #shakleemerlimau #shakleemalaysia #shakleemelaka #kalsiumshaklee #sayajualostematrix#shaklee #sayajualshaklee #shakleepromo #kedaishaklee #shakleejasin #shakleemalaysia #shakleesihat #kalsiumshaklee #sayajualostematrix

Friday 6 January 2017

Punca-punca stroke

Salam alayk..
Apa khabar semua??
Salam ceria..salam sejahtera..
Moga semua pembaca ticer wawa sentiasa dirahmati illahi..

Perkongsian tentang vivix..berkaitan dengan stroke..
apa itu stroke??bagaimana vivix membantu merawat stroke??


APA ITU STROKE??

Stroke adalah gangguan kepada fungsi otak yang terjadi secara mendadak. Ini adalah berpunca daripada gangguan di pembuluh darah dalam otak di mana salur darah telah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak terganggu dan bahagian tersebut tidak akan menerima oksigen yang cukup, oleh itu sel-sel otak akan rosak dan mati dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak tersebut tidak boleh berfungsi dan lumpuh.

Stroke ini juga merupakan kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba. Kesannya, akan berlaku kerosakan saraf kekal serta juga kematian jika tidak dirawat dengan cepat.

Antara punca-punca stroke yang kita tahu tapi kita kurang menitik beratlan kesihatan kita..

1. Tekanan darah tinggi

2. Kolestrol

3. Pengerasan pembuluh darah

4. Kencing manis

5. Sakit jantung

6. Sakit kepala yang terlalu kerap (migrin)

Menurut data statistik 80% penyebab stroke adalah pesakit darah tinggi dan pengerasan pembuluh darah.

7. Gaya hidup tidak sihat dan pola pemakanan yang tidak sihat
Makanan tidak sihat seperti merokok, minum beralkohol, minuman bersoda serta mereka yang menggemar makanan fast food dan junk food.
Makaman yang banyak bahan pengawet, pewarna, dan perisa.

Gaya tidak sihat pula kurang aktiviti fizikal seperti senaman atau senang cakap duduk memerap kat uma je..

Dan yang terakhir antara puncanya adalah STRESSSSSS...
Jadi jangan stress stress ye..nanti senang nak kane stroke..kena amalkan vitamin bcomplex.ticer pon stress juga..tapi ticer amalkan bcomplex(nanti kita cita plak tentang stress)

Okey sambung...

Bukan tak boleh stress tapi jangan terlampau stress.
Sebab apa??bila stress hati akan jadi x tenang dan keseimbangan hormon juga terganggu. Sebab itu juga penyebab penyakit yang pertama tadi..apa dia??
Tekanan darah tinggi..

Pernah terfikir tak..??

Bagaimana VIVIX ni merawat stroke..??

Dalam vivix ni terdapat satu bahan yang teramat ‘POWER’. Sebab itulah vivix di panggil tonik ajaib.

Dalam vivix ada resveratrol , bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat, anti-inflamasi dan anti-kanser.

Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang typo, rosak, mati dan abnormal  akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari. Vivix juga membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot dan menggalakkan sel itu menjadi sihat semula.

Hal ini terjadi kerana 4 bahan utama dan super duper hebat yang digunakan dalam penghasilan vivix antaranya ialah anggur muscadine. Di dalam anggur ini terdapat kadar resveratrol dan polifenol yang tinggi sehinggakan ia sendiri boleh menahan dirinya dengan cuaca yang panas dan melindungi dirinya sendiri dari bakteria dan fungus tanpa bantuan bahan kimia lain. Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkesan yang dihasilkan oleh tumbuhan.

Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada tahun 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular. Kajian inilah yang telah membuktikan resveratrol ini mempunyai antioksidan yang sangat tinggi.

Jadi, tidak mustahil vivix boleh menjadi asbab kepada penyembuhan penyakit stroke ini kan..

Jika ada diantara anda mempunyai masalah stroke,atau suami, atau ayah, atau emak, atau nenek, atau datuk, atau sesiapa kenalan anda..boleh cuba amik #vivix shaklee..

Jika berminat boleh hubungi ticer wawa segera/sms/call

Ticer wawa
0122416438

Sedia membantu anda
FREE consultation and follow up

♥ Copyright © Siti Salwa Harun | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif