Pages - Menu

Monday 27 August 2018

Cara kurangkan anak bergaduh

Cara nombor 2 tu kita jarang buat. Jom kita cuba sama-sama..mana tahu berkesan..



Membesarkan anak2 sekarang semakin mencabar. Anak2 semakin bijak, ada je idea dalam kepala dia tu..

Rimas kan kalau anak2 kat rumah bergaduh??
Kita pulak baru balik kerja.
Baru nak letak kepala, kata orang nak mengilangkan letih sekejap.
Dia da mula berdrama terpekik-pekik,menangis, macam2 la..

Anak-anak ni kadang-kadang bergaduh sebab benda-benda kecil je. Betul x?

Sumber :google

Rebut mainan, tak nak kongsi, barang kena amik, lagi parah dapat abang atau kakak kuat usik.

Waktu tu suara dari lembut tiba-tiba berubah..kan ibu2..
Dari rasa ayu tiba2 rasa rambut da jadi singa
Dari rasa tenang tiba2 sakit dada
Senang cerita macam2 rasa ada..

Ada juga ibu2 yang kata nak kurangkan anak bergaduh kita cium dia atau kita suh minta maaf..
Boleh juga..tak salah pon cara tu..


Jom ticer share sikit

Kita boleh kurangkan pergaduhan anak kita dengan :

1.👶 Beri perhatian seperti sentuhan, eye contact, pujian dan belaian yang adil kepada semua anak kita

Bab ni anak2 lebih suka pada belaian, ticer da pernah cuba. Memang berjaya.

2.👶 Puji perbuatan suka berkongsi anak kita

Kalau nampak anak2 mula nak main bersama-sama tu kita guna ayat2 positif dengan puji contohnya "bagusnya kakak,kongsi dengan adik..macam ni la baru mama akan selalu sayang..kakak baik dengar cakap.

3.👶 Ajar anak baca emosi adik beradiknya untuk kuatkan EMPATI. Anak yang tinggi EMPATI akan lebih mudah berkongsi

Empati apa??empati tu maksudnya mendalami perasaan orang lain..rasa perasaan orang lain. Contohnya kalau rebut mainan kesian adik, nanti adik nangis. Kalau kongsi atau main sama2 kan seronok. Itu contoh laa..

4.👶 Ajar anak MINTA IZIN. Bukan main rampas je. Anak kecil yang dalam fasa Ego akan anggap dia bos kepada mainan dan kepunyaannya.

Dengan minta izin padanya, hatinya lebih lembut untuk mengalah dan berkongsi.

Itu sahaja untuk kali ni..ticer akan kongsikan yang lain pulak..



Kongsilah kalau rasa ianya bermanfaat kepada orang lain juga.
Just klik share..
Mudahkan.

https://www.facebook.com/mrbuncit

No comments:

Post a Comment

♥ Copyright © Siti Salwa Harun | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif