Pages - Menu

Tuesday 28 August 2018

Tanda-tanda kita tidak dapat mengawal emosi anak-anak

Perkara yang ke 4 yang kita selalu lakukan. Kadang2 disebabkan keadaan diri kita sendiri



Faham x apa soalan ticer post sebelum ni?? "Tanda kita tak dapat kawal emosi anak" apa yang akan berlaku pada anak kita??

Emosi memang lahir dalam diri kita sendiri tapi dia dipengaruhi oleh persekitaran juga.setuju??

 Benda yang jadi sekeliling kita. Kawan2 yang ada disekeliling kita, sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling kita. Semua akan mempengaruhi emosi kita.

Tak kira dewasa ke kanak-kanak..lelaki ke perempuan. Sama je.. Emosi berubah-ubah

Jadi ibu bapa yang selalu ada dengan anak2 perlu menjaga emosi anak2. Kenapa ibu bapa??sebab anak-anak lebih banyak habiskan masa dengan ibu bapa. Emosi adalah 1 benda yang perlu diajar awalnya. Post sebelum ni ticer ada bagitahu 8 emosi utama anak2.
Nanti leh g tengok balik post ticer di fb

Kita sambung semula " Tanda Kita Tak Dapat Kawal Emosi Anak"

Antara tanda-tanda yang menunjukkan kita tak dapat kawal emosi anak-anak adalah:

1. Anak banyak meragam, merengek dan mengamuk setiap hari


2. Anak tunjuk yang dia memberontak masa kita suruh dia buat sesuatu, tidak mempedulikan apa kita cakap

3. Anak jadi makin pemarah dan perenggus, menghentak2 kaki, menhempas pintu, meletakkan sesuatu barang dengan kuat

4. Kita banyak gunakan nada suara yang tinggi untuk menyuruh anak buat sesuatu baru anak2 mendengar arahan. Keadaan yang membuatkan cikgu di sekolah pon terpaksa menggunakan nada tinggi

5. Kita jadi keliru apa nak buat bila anak meragam hingga akhirnya kita sendiri yang menderita dalam diam, kita sendiri stress, kita sendiri sakit kepala, kita sendiri rasa nak keluar dari rumah dan yang paling sedih kita sendiri naik tangan sebab hilang sabar😭😭

Jadi ibu ayah semua, sebelum kita nak mengajar anak2 menjaga emosi, ibu ayah perlu belajar dulu cara kawal emosi supaya apa??supaya anak2 duduk di sekeliling yang mampu mengawal emosi

Sampai sini dulu perkongsian ticer
Moga ada manfaatnya untuk semua.

Salam sayang dari ticer
Ticer wawa
Ticer sekadar berkongsi
Sehingga berjumpa lagi
Pada post2 seterusnya

Bole klik di fb ticer👉

Mungkin anda mencari pautan ini
http://kisahticer.blogspot.com/2018/08/cara-kurangkan-anak-bergaduh.html?m=1

Monday 27 August 2018

Cara kurangkan anak bergaduh

Cara nombor 2 tu kita jarang buat. Jom kita cuba sama-sama..mana tahu berkesan..



Membesarkan anak2 sekarang semakin mencabar. Anak2 semakin bijak, ada je idea dalam kepala dia tu..

Rimas kan kalau anak2 kat rumah bergaduh??
Kita pulak baru balik kerja.
Baru nak letak kepala, kata orang nak mengilangkan letih sekejap.
Dia da mula berdrama terpekik-pekik,menangis, macam2 la..

Anak-anak ni kadang-kadang bergaduh sebab benda-benda kecil je. Betul x?

Sumber :google

Rebut mainan, tak nak kongsi, barang kena amik, lagi parah dapat abang atau kakak kuat usik.

Waktu tu suara dari lembut tiba-tiba berubah..kan ibu2..
Dari rasa ayu tiba2 rasa rambut da jadi singa
Dari rasa tenang tiba2 sakit dada
Senang cerita macam2 rasa ada..

Ada juga ibu2 yang kata nak kurangkan anak bergaduh kita cium dia atau kita suh minta maaf..
Boleh juga..tak salah pon cara tu..


Jom ticer share sikit

Kita boleh kurangkan pergaduhan anak kita dengan :

1.👶 Beri perhatian seperti sentuhan, eye contact, pujian dan belaian yang adil kepada semua anak kita

Bab ni anak2 lebih suka pada belaian, ticer da pernah cuba. Memang berjaya.

2.👶 Puji perbuatan suka berkongsi anak kita

Kalau nampak anak2 mula nak main bersama-sama tu kita guna ayat2 positif dengan puji contohnya "bagusnya kakak,kongsi dengan adik..macam ni la baru mama akan selalu sayang..kakak baik dengar cakap.

3.👶 Ajar anak baca emosi adik beradiknya untuk kuatkan EMPATI. Anak yang tinggi EMPATI akan lebih mudah berkongsi

Empati apa??empati tu maksudnya mendalami perasaan orang lain..rasa perasaan orang lain. Contohnya kalau rebut mainan kesian adik, nanti adik nangis. Kalau kongsi atau main sama2 kan seronok. Itu contoh laa..

4.👶 Ajar anak MINTA IZIN. Bukan main rampas je. Anak kecil yang dalam fasa Ego akan anggap dia bos kepada mainan dan kepunyaannya.

Dengan minta izin padanya, hatinya lebih lembut untuk mengalah dan berkongsi.

Itu sahaja untuk kali ni..ticer akan kongsikan yang lain pulak..



Kongsilah kalau rasa ianya bermanfaat kepada orang lain juga.
Just klik share..
Mudahkan.

https://www.facebook.com/mrbuncit
♥ Copyright © Siti Salwa Harun | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif