Pages - Menu

Saturday 19 May 2018

TERIMA KASIH ABAH...kami sayang abah..

Ayahda tercinta tiada penggantinya
20 Mei 2014-20 Mei 2018
4 tahun berlalu arwah abah meninggalkan kami adik beradik bersama bonda tercinta.

Kisah abah di serang kanser
Abah seorang perokok sejak aku kecik dulu lagi.
Dipendekkan cerita awal bulan 11 tahun 2013 ketika ticer berkursus di Penang,ticer di khabarkan abah mengidap kanser tahap 3.

Allahu akbar..luluhnya hati waktu tu.. rasa nak balik Melaka je waktu tu..tapi abah x bagi..suruh aku stay sana. Tumpukan apda kursus tak perlu risaukan dia dekat kampung.
Kata abah" duduk je sana..mana ada duit nak balik melaka kalau nak naik kapal terbang. Kalau balik pon sekejap je. Lepas tu naknkena balik sana semula
Abah janji habis kursus nanti abah sendiri akan datang penang jemput balik melaka.

Panas pipi air mata mengalir. Kawan2 di tempat kursus memberi semangat untuk teruskan kursus.. terus aku azam dekat diri..aku pasti aku boleh buat yang terbaik dalam kursus ni.

Dipendekkan cerita
Hari terakhir kursus,aku telah dianugerahkan pelatih terbaik..syukur tak terhingga. Bukan gembira dapat jadi pelatih terbaik tapi gembira sebab dapat buktikan dekat abah.Anugerah ni untuk abah. Pengubat sakitnya.
Malam hari terakhir tu abah da sampai penang..dalam keadaan yang lemah menahan kesakitan memaksa dia menunaikan janji dia pada aku

Subuh2 abah da masuk perkarangan asrama kepala batas..berlari aku mendapatkan emak abah dan adik beradik melepaskan rasa rindu.abah memaksa diri senyum pada aku. Lama perjalanan dari melaka ke penang. Mesti letih badan dia duduk lama2 dalam van

"Abah..ni haaa..semalam dapat pelatih terbaik"
"Ye la tu..cikgu kat sini kesian kat anak abah sebab tu dia bagi ko..
Senyum je la..waktu tu xkisah abah nak cakap apa..peluk dan cium pipi abah..Allahu..terasa kurus badan abah.

(Behenti 5 minit xdapat teruskan menulis air mata ngalir x henti plak)😭😭

Dipendekkan cerita tahun 2014 keadaan abah semakin lemah. Abah dapatkan kimo di hospital melaka ditemani emak.

Waktu tu selera abah tak menentu tapi kami ikutkan apa saja dia nak makan..minta macam2 tapi makannya tak pon.secubit..sesudu..sesuap.

Selama balik dari kursus setiap malam meneman emak menjaga abah..badan abah da terasa semua bahagian sakit. Bahagian dada tertukar2 tempat dia minta diurut, mungkin rasa tidak selesa. Setiap kali abah memejamkan mata aku cepat2 mengesat air mata yang bertakung. "Abah ni da nak mati agaknya" kata abah sambil mata terpejam
(Take 5 lagi)😭😭

18 Mei 2018
Hari Ahad tiba-tiba abah sesak nafas..tercari2 udara untuk bernafas. Abah tak boleh nafas abah xboleh nafas.

Tiba2 Allah beri kami kekuatan memapah abah. Nekad bawa terus abah ke hospital. Dalam kereta abah tak nak sandar badan, susah nak bernafas katanya.

Allah je tau perasaan waktu tu. Hilang rasa takut bawa kereta. Aku bawa kereta kancil BEX 514 (nak jadikan kenangan kereta ni) terus ke perkarangan hospital, abah terus masuk ke dalam untuk sedut gas.

Alhamdulillah.. nampak abah mudah sikit nak bernafas. Papah abah sekali lagi masuk ke dalam kereta. Belum sampai pintu pagar hospital untuk keluar lagi, keadaan seperti di rumah jadi semula. Allahu akbar. Cepat patah semula ke emegency. Abah terus masuk ke zon merah.

Waktu tu abah mula tak tentu arah. Waktu tu hanya aku dengan mak dalam tu.
Aku nak mati da
Aku nak mati da
Mak dekat sebelah abah memberi kekuatan
Aku meluru keluar telefon semua adik beradik datang hospital
Dalam 15 minit doktor minta kam keluar dan masuk bilik kaunseling seketika.
Keadaan abah kritikal waktu ni..mak tak ada kekuatan, masa tu doa Allah bagi aku kekuatan untuk mak.

Dalam bilik kaunseling doktor beri kami 2 pilihan.
1-puan boleh bawa balik suami puan sebab suami puan 50/50 kaki mak lemah terduduk mak di kerusi

2-kami masukkan suami puan ke wad tapi kami tak mampu jamin apa2 sebab keadaan suaminpuan kritikal sambil menunjukkan keputusan xray paru-paru yang telah merebak dengan kanser. Hanya sebesar 50 sen je lagi paru2 kiri abah yang masih belum terjejas..

Mak genggam kuat tangan aku mencari kekuatan. Seolah2 memberitahu aku perlu buat pilihan.
Menarik nafas panjang dan aku pilih no 2 sebab memikirkan dekat hospital mungkin abah lebih selesa.

Abah ditolak ke wad. Waktu tu doktor ada bagitahu jika bacaan nadi 80 dan ke bawah awak sekeluarga kena redha apa pon terjadi. Aku angguk tanda faham

Hari isnin keadaan abah nampak baik. Bercakap seperti biasa tapi tak boleh kerap sebab cepat penat. Kami bersilih ganti masuk tengok abah.

Hari isnin malam tu kami jaga 5 orang. Emak,aku,suami(waktu tu masih tunang),adik lelaki 2 org. Mula2 kami 5 org masuk duduk di sisi abah sambil urut smua bahagian dia nak.
Jam menunjukkan jam 1 pagi..tiba-tiba lampu dipadamkan dan terdengar suara nurse "alaaaa..bapak orang lain pon sakit juga..xde duduk ramai2 dekat 1 kali. Hospital bagi sorang jaga ko jaga sampai 5 orang. Macam la esok x jumpa.

Allahu..sedih betul waktu tu. Dia bukan xtau keadaan abah waktu tu. Nurse mesti lagi tau dari kami.
Aku suruh adik keluar tido dekat luar sementara aku dan suami minta kebenaran balik ke rumah dulu memandangkan esoknya sekolah. Tiba2 abah kata nak air teh O,mak kata abah xboleh minum dan aku terus diamkan dan mak suapkn abah air zam2.

Sebelum balik sempat pesan dekat mak,jangan lupa kalau bacaan nadi 85 esok call terus.

Pagi tu aku pergi sekolah tapi hati Allah je tau. Kenapa aku prgi sekolah??sebab waktu tu takde siapa yang bgtau boleh cuti dan aku pon tak terfikir nak cuti.

HARI SELASA 20 MEI 2014
Jam 9.45 am mak call,mak kata "salwa,bacaan abah ni da 89. Okey,jap lagi gerak
Ya Allah..sempat x aku jumpa abah
10.15 alang plak call, " adik,cepat datang hospital,abah da nazak"

Waktu ni aku hilang arah,aku terpaku,aku termenung,walaupun kereta ada depan sekolah aku xmampu nak memandu. Terus call penyelia minta penyelia hantarkan ke hospital.

Dalam perjalanan Alfatihah je aku hadiahkan pada abah. Waktu tu perjalanan dari merlimau ke jasin macam dari melaka ke kuala lumpur. Lambatnya sampai.

Sampai je di persimpangam lipat kajang, alang call lagi sekali tapi berat betul hati nak angkat " adik,kenapa lambat??abah da takde?
Waktu tu rasa macam xde dalam kereta..macam da dekat awang-awangan.
Perlahan penyelia pegang tangan aku,aku tarik nafas "puan,abah wawa da xde...

Sampai di perkarangan hospital aku berlari2 anak menuju ke wad.
Keadaan waktu tu terlalu sayu.
Pakcik sedara semua di luar wad.
Aku mencari kekuatan meneruskan langkah sampai ke katil abah
Sebelum sampai ke katil sempat aku berhenti di meja staff nurse dan aku bagitahu nurse tu "bagitahu nurse yang jaga malam tadi yang ayah saya da meninggal,jadi dia boleh tidur lena malam ni"

Tirai katil abah ditutul sampai hujung, perlahan kaki aku melangkah.
Waktu tu hanya dengar tangisan dan perkataan "abah...abah"..
Aku lap air mata dan terus pergi ke arah abah
Di hujung kaki aku tersenyum tengok abah..sangat tenang muka dia
Alhamdulillah..lepas ni xde da abah nak tanggung sakit kan..
Allah da ambik abah semula pada kami.
Terima kasih Allah pinjamkan abah yang terbaik buat kami.

Ciuman terakhir sebelum abah dibawa balik ke kampung untuk dimandikan

Aku terus call pak ucu di kampung minta uruskan urusan di sana.

Aku uruskan van jenazah di hopital. Allah kan sebaik2 perancangan. Aku dapat ikut abah naik van jenazah. Kalaulah aku bawa kereta tadi siapa nak bawa kereta tu balik

Waktu berlalu terlalu pantas.
Rasa tak nak kelip mata menatap abah buat kali terakhir
Kami menanti kakak kami yang duduk di kuala lumpur.

Abah dimandikan dikafankan disolatkan dikebumikan dalam waktu yang terlalu pantas sehingga aku rasa baru sekejap dengar perkhabaran kematian abah.

Maka hanya tinggal kenangan kami dan abah.
Kami terus berpindah melihat keadaan emak yang tak lalu makan.

Terima kasih abah kerana menjadi seorang lelaki idola buat kami adik beradik.
Terima kasih abah kerana selalu memarahi kami untuk kami menjadi anak2 soleh solehah
Terima kasih abah kerana bersusah payah membesarkan kami
Terima kasih abah kerana mengajar kami hidup lebih bersyukur

Semoga segala titik peluh abah menjadi pemberat pahala abah terus ke syurga

Kami sayang abah

(Air mata xleh behemti da)

Sampai sini dulu..nanti sambung cerita perjalanan hidup kami tanpa abah di sisi..




♥ Copyright © Siti Salwa Harun | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif